Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2026

Masak Kicap Ikan Tongkol

Imej
Penulis makan masakan ni dah lama dulu. Di kedai. Dan penulis ada juga teringat masakan ni masa penulis kecil kecil dulu. Penulis amat suka menu ni makan dengan nasi putih. Dan penulis juga memang penggemar ikan tongkol.  Rasa masakan ni yang sedikit pedas, manis dan rasa halia membuatkan penulis sukakannya.  Bahan-bahan, 🌿2 keping besar isi ikan tongkol, sekeping di potong 4 bahagian. 🌿Sebiji bawang besar 🌿5 ulas bawang merah 🌿3 ulas bawang putih 🌿5 tangkai cili kering, dpotong kecil dan direndam air panas.  🌿1 inci halia 🌿Tomato di belah 6.  🌿Sedikit air asam jawa 🌿Sedikit gula 🌿Garam secukup rasa 🌿Kicap Manis 🌿Minyak masak Cara membuatnya, Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih 1/2 bawang besar. Jika suka kisar juga halia. Halia juga boleh dihiris panjang- panjang.  Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Boleh juga gunakan ikan tongkol rebus.  Panaskan minyak.  Gorengkan ikan sampai agak masak. Ketepikan.  Hiris bawang besar yan...

Telur Goreng Gebu Dan Garing

Telur dadar adalah masakan yang tidak asing lagi di negara kita. Menu tengahari atau malam boleh jadi mencukupi dengan hanya nasi putih dan telur goreng dadar. Ia adalah masakan senang dan cepat untuk disediakan.  Pelbagai versi telur dadar ada di negara kita. Kali ni penulis nak berkongsi resepi telur dadar yang penulis selalu buat. Telur dadar ni garing di tepi dan agak gebu. Bahan yang digunakan biasa sahaja. Ada sedikit teknik yang perlu dilakukan supaya mendapat hasil yang garing dan gebu.  Bahan-bahan, 2 biji telur  2 ulas bawang merah  1 ulas bawang putih  1 tangkai cili hijau akar/cili tomyam  1/4 biji tomato yang tidak lembik  1/2 sudu teh garam  Minyak masak Cara membuatnya, Pecahkan telur ke dalam mangkuk.  Hiris nipis bawang merah.  Ketuk bawang putih dan hiris nipis.  Hiris nipis cili tomyam hijau. Dadu kecil tomato.  Campurkan semua bahan kecuali minyak, dan kacau sebati.  Panaskan kuali.  Masukkan minya...

Tips Kopi Di Rumah

Kopi kini menjadi minuman gaya hidup masyarakat kita. Banyak kedai2 di luar sana menyediakan pelbagai minuman kopi untuk kita nikmati.  Namun, bukan semua kopi tersebut memuaskan. Kadangkala ada juga yang mengecewakan. Ada sahabat penulis mengatakan kadangkala kopi yang kita buat di rumah lebih sedap. Asalkan kita tahu caranya.  Penulis tak tahu bagaimana caranya untuk buat kopi di rumah yang sedap. Di rumah penulis pun tak ada mesin kopi.  Tapi penulis adala kadang2 teringin minum kopi yang sedap. Penulis ada beberapa tips sendiri yang penulis guna. Penulis nak juga kongsi disini.  🌿☕ Pastikan air betul2 panas. Untuk dapatkan kopi yang enak, pastikan air betul2 panas atau mendidih.  🌿☕ Masukkan air panas ke serbuk kopi, kacau rata dan tunggu buih-buih halus timbul. Setelah itu, barulah teruskan membuat kopi.  🌿☕ Masukkan serbuk kopi yang secukupnya. Kurang serbuk kopi menghasilkan kopi yang kurang rasa atau lembut.  🌿☕ Guna susu yang enak, atau su...

Sup Cendawan ( Mushroom Soup ) Yang Mudah

Sup Cendawan adalah menu yang digemari ramai. Di cicahkan dengan roti bawang putih atau roti kosong, memang enak. Dan boleh jadi mengenyangkan.  Terdapat pelbagai versi, resepi dan cara membuat sup cendawan ini. Kalini penulis ingin berkongsi resepi sup cendawan yang mudah, dan boleh tahan enak. Ianya lebih kepada cream of mushroom, daripada mushroom soup. Penulis belajar resepi yang nampak kompleks tapi tidaklah kompleks sangat, dan penulis permudahkan untuk penulis senang nak buat untuk sarapan.  Resepi ini hanya untuk semangkuk. Boleh makan untuk 1 hingga 2 orang.  Bahan-bahannya, 1/2 sudu besar tepung gandum  1/2 sudu besar butter ( kadang penulis guna saja marjerin atau tambah sedikit minyak ) 250 ml atau segelas susu ( susu penuh krim menghasilkan sup lebih berkrim ) 1/2 cawan cendawan  1/2 biji bawang besar di potong kecil  Garam secukup rasa  Serbuk lada hitam secukup rasa  Krim ( optional )  Cara membuatnya, Ambil periuk yang sesuai....

Terung Goreng Air Asam

Resepi ni mudah sahaja. Dan agak enak juga bagi penulis. Terung adalah sayur yang agak enak, lembut dan manis. Ia adalah penambah selera semasa makan nasi.  Ayah penulis memang suka sayur terung. Kebetulan terung dalam peti dah lama. Jadi penulis buat keputusan untuk masak terung harini.  Resepi ni mudah disediakan. Boleh dapat dalam 4 orang makan.  🌸🌸🌸 Bahan-bahan, 2 biji terung sederhana besar. Terung panjang ungu. Di belah dan potong serong, dalam 1 1/2 inci tebal.  3 ulas bawang merah dihiris. 2 ulas bawang putih di cincang.  Sedikit belacan.  3 tangkai cili padi.  1/2 sudu besar asam jawa di jadikan air asam jawa. Dalam setengah cawan.  Garam dan gula secukup rasa. Minyak masak.  Cara membuatnya, Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng terung.  Setelah minyak panas, goreng terung sampai sedikit keperangan, atau keemasan tetapi tidak lembik. Angkat dan ketepikan.  Kurangkan minyak untuk memasak air asam.  Masukkan be...

Kentang Goreng Berlada

Resepi ini penulis buat secara mudah sahaja. Kerana bukan setiap hari kita nak masak resepi yang kompleks kan. Dan kita mungkin nak jimat masa. Jimat bahan juga.  Kentang goreng ni enak di makan dengan nasi putih dan lauk lain.  🌸🌸🌸 Bahan-bahan, 2 biji kentang saiz sederhana. Kupas kulitnya dan belah 6.  2 ulas bawang merah di tumbuk atau kisar halus.  3 tangkai cili kering dikisar halus.  1/2 sudu ikan bilis dikisar atau ditumbuk. (Jika mahu) Garam secukup rasa.  Cara membuatnya, Rebus sebentar kentang sampai hampir masak.  Goreng kentang sampai kekuningan. Ketepikan.  Tumis ikan bilis jika ada, kacau rata dan masukkan bawang dan cili kisar.  Masukkan sedikit sahaja garam. Kacau sampai pecah minyak dan sedikit garing.  Masukkan kentang dan gaul rata.  Matikan api. Sedia untuk dihidangkan.