Terung Air Asam.
Penulis masak terung lagi harini. Kelmarin dah masak terung juga. Family penulis suka sayur terung ni, dia sedap kerana lembut dan manis. Masakan terung harini adalah untuk menambah menu kerana sayur kailan yang penulis nak masak tu separuhnya dah rosak. Jadi penulis terpaksa tambah menu. Jadi masak kailan dan terunglah harini. Sebelum masak ni, penulis search juga resepi di internet. Kemudian penulis pun ubah sedikit mengikut citarasa dan bahan yang ada di dapur. Okay jom tengok resepinya. Bahan-bahan; Tiga biji terung saiz sederhana. Di belah dan dipotong mengikut citarasa. Setengah biji bawang besar. 3 ulas bawang merah. Seulas bawang putih. Setengah biji tomato. 4 ke 5 tangkai cili tomyam. Sedikit belacan. 1 sudu besar pes asam jawa ( berbiji ). Garam. Gula. Sebiji limau nipis. Cara membuatnya; Ambil seulas bawang merah, seulas bawang putih dan bakar. Setelah agak lembut dan masak buang kulit y...