Tips Kopi Di Rumah

Kopi kini menjadi minuman gaya hidup masyarakat kita. Banyak kedai2 di luar sana menyediakan pelbagai minuman kopi untuk kita nikmati. 

Namun, bukan semua kopi tersebut memuaskan. Kadangkala ada juga yang mengecewakan. Ada sahabat penulis mengatakan kadangkala kopi yang kita buat di rumah lebih sedap. Asalkan kita tahu caranya. 

Penulis tak tahu bagaimana caranya untuk buat kopi di rumah yang sedap. Di rumah penulis pun tak ada mesin kopi. 

Tapi penulis adala kadang2 teringin minum kopi yang sedap. Penulis ada beberapa tips sendiri yang penulis guna. Penulis nak juga kongsi disini. 


🌿☕ Pastikan air betul2 panas. Untuk dapatkan kopi yang enak, pastikan air betul2 panas atau mendidih. 

🌿☕ Masukkan air panas ke serbuk kopi, kacau rata dan tunggu buih-buih halus timbul. Setelah itu, barulah teruskan membuat kopi. 

🌿☕ Masukkan serbuk kopi yang secukupnya. Kurang serbuk kopi menghasilkan kopi yang kurang rasa atau lembut. 

🌿☕ Guna susu yang enak, atau susu kegemaran. Penulis suka guna susu penuh krim dalam kotak sahaja. Pilih jenama yang anda sukai. Tuangkan susu dalam gelas, masukkan kopi pekat. Campurkan gula atau madu atau gula perang jika mahu. 

🌿☕ Guna campuran susu. Susu pekat dan susu cair. Atau susu uht dan susu pekat. Pastilah setiap campuran membawa anda ke ke jenis kopi yang berlainan. 

Itu sahaja tips kopi biasa di rumah penulis. Semoga bermanfaat untuk anda. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengat Pisang

Nasi Goreng Ikan

Kobis Goreng Kunyit