Kentang Goreng Berlada

Resepi ini penulis buat secara mudah sahaja. Kerana bukan setiap hari kita nak masak resepi yang kompleks kan. Dan kita mungkin nak jimat masa. Jimat bahan juga. 

Kentang goreng ni enak di makan dengan nasi putih dan lauk lain. 

🌸🌸🌸

Bahan-bahan,

2 biji kentang saiz sederhana. Kupas kulitnya dan belah 6. 

2 ulas bawang merah di tumbuk atau kisar halus. 

3 tangkai cili kering dikisar halus. 

1/2 sudu ikan bilis dikisar atau ditumbuk. (Jika mahu)

Garam secukup rasa. 


Cara membuatnya,

Rebus sebentar kentang sampai hampir masak. 

Goreng kentang sampai kekuningan. Ketepikan. 

Tumis ikan bilis jika ada, kacau rata dan masukkan bawang dan cili kisar. 

Masukkan sedikit sahaja garam. Kacau sampai pecah minyak dan sedikit garing. 

Masukkan kentang dan gaul rata. 

Matikan api. Sedia untuk dihidangkan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengat Pisang

Nasi Goreng Ikan

Kobis Goreng Kunyit