Telur Goreng Gebu Dan Garing
Telur dadar adalah masakan yang tidak asing lagi di negara kita. Menu tengahari atau malam boleh jadi mencukupi dengan hanya nasi putih dan telur goreng dadar. Ia adalah masakan senang dan cepat untuk disediakan.
Pelbagai versi telur dadar ada di negara kita. Kali ni penulis nak berkongsi resepi telur dadar yang penulis selalu buat. Telur dadar ni garing di tepi dan agak gebu. Bahan yang digunakan biasa sahaja. Ada sedikit teknik yang perlu dilakukan supaya mendapat hasil yang garing dan gebu.
Bahan-bahan,
2 biji telur
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau akar/cili tomyam
1/4 biji tomato yang tidak lembik
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Cara membuatnya,
Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
Hiris nipis bawang merah.
Ketuk bawang putih dan hiris nipis.
Hiris nipis cili tomyam hijau.
Dadu kecil tomato.
Campurkan semua bahan kecuali minyak, dan kacau sebati.
Panaskan kuali.
Masukkan minyak, sedikit melebihi kebiasaan. Dalam 1/2 cawan minyak.
Api sederhana besar. Tidak boleh terlalu kecil.
Setelah minyak benar-benar panas, masukkan campuran telur. Ratakan sedikit sebanyak supaya telur menjadi sedikit nipis. Boleh juga tarik sudip dari tengah telur ke tepi sedikit, supaya telur lebih nipis dan besar serta serata.
Biarkan sehingga bahagian bawah telur masak dan nampak sedikit garing ditepi.
Kemudian balikkan telur dan biarkan masak sehingga nampak garing ditepinya.
Hati-hati supaya telur tidak hangit. Kecilkan sedikit api jika ia nampak seperti akan hangit.
Setelah kedua-dua bahagian masak garing dan tengah telur kembang, matikan api.
Sedia untuk dihidangkan.
Ulasan
Catat Ulasan