Terung Goreng Air Asam
Resepi ni mudah sahaja. Dan agak enak juga bagi penulis. Terung adalah sayur yang agak enak, lembut dan manis. Ia adalah penambah selera semasa makan nasi.
Ayah penulis memang suka sayur terung. Kebetulan terung dalam peti dah lama. Jadi penulis buat keputusan untuk masak terung harini.
Resepi ni mudah disediakan. Boleh dapat dalam 4 orang makan.
🌸🌸🌸
Bahan-bahan,
2 biji terung sederhana besar. Terung panjang ungu. Di belah dan potong serong, dalam 1 1/2 inci tebal.
3 ulas bawang merah dihiris.
2 ulas bawang putih di cincang.
Sedikit belacan.
3 tangkai cili padi.
1/2 sudu besar asam jawa di jadikan air asam jawa. Dalam setengah cawan.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak.
Cara membuatnya,
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng terung.
Setelah minyak panas, goreng terung sampai sedikit keperangan, atau keemasan tetapi tidak lembik. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak untuk memasak air asam.
Masukkan belacan, hancurkan sampai naik bau udang. Masak dalam api perlahan.
Setelah itu, masukkan bawang putih. Kacau seketika dan masukkan bawang merah dan cili. Kacau rata.
Setelah bawang merah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak sampai mendidih.
Setelah itu masukkan terung. Kacau rata Dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Ulasan
Catat Ulasan