Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2025

Daging Goreng Kicap

Haritu, dah lama juga, mungkin dalam sebulan lepas atau lebih. Penulis masak daging goreng kicap ni. Lama dah penulis tak makan daging masak macam ni. Seingat penulis, masa sekolah dulu mak penulis selalu buat. Tapi sekarang dah lama mak penulis tak buat.  Jadi haritu penulis lepas sarapan yang lewat, makcik penulis minta gorengkan daging. Makcik penulis nak makan daging goreng yang tebal dan empat segi.  Daging goreng kicap ni amat simple. Tidak lah special pun. Senang sangat nak buat. Tapi penulis coretkan juga di sini. Kadang-kadang, kita nak makan masakan simple ja. Ada hari-hari yang macam tu kan.  Okay, ni resepinya. Penulis tiada gambar sebab lupa nak ambil gambarnya.  Bahan-bahannya Dalam anggaran 400 gram daging. Di potong mengiku citarasa masing-masing.  3 ulas bawang putih. Diketuk.  Sebiji bawang besar, di potong memgikut citarasa. Penulis potong serong-serong.  Dua hingga tiga tangkai cili kering berkedut, saiz sedang. Potong seinci seinci...

Laksa Goreng

Imej
Semalam, penulis ada rebus laksa untuk buat laksa lemak. Penulis dah agak lama tak merebus laksa. Akibatnya, penulis terlebih merebus laksa, lebih banyak laksa dari kuahnya.  Jadi, dengan kelebihan laksa tu, penulis terpaksa fikir nak buat apa dengan laksa tu. Akhirnya harini penulis ambil keputusan untuk buat laksa goreng. Menu yang agak sukar bagi penulis sebab laksa, ia besar juga berbanding bihun, dan tawar sahaja. Jadi penulis takut laksa goreng penulis tak cukup rasa. Atau rasanya hambar sahaja.  Penulis pun cuba cari resepi laksa goreng dalam internet. Ada banyak juga tapi penulis tak tengok semua, hanya satu dua resepi sahaja yang penulis tengok. Dah dapat idea kasar dari resepi tersebut, penulis pun mula sediakan bahan-bahan, dan olah resepi menjadi lebih simple dan dengan menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja.  Hasilnya tak mengecewakan. Walaupun penulis rasa jika guna lebih banyak bahan terutama lauk, atau fish cake lagi sedap. Penulis agak berpuas hati de...