Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2026

Cara Membuat Garam Seleri

Penulis memang gemar dengan daun sup dan daun seleri. Penulis memang sering membeli daun sup untuk tujuan perasa makanan dan menjaga kesihatan. Daun sup dan seleri dipercayai bagus untuk melancarkan pengaliran darah di dalam saluran darah.  Namun di tempat penulis daun sup dijual secara ikat, dalam kuantiti yang agak banyak. Jadi penulis terpaksa memikirkan cara untuk menyimpan daun sup ini supaya tidak rosak dan tahan lebih lama.  Salah satu cara penulis ialah membuat garam seleri. Penulis selalu menggunakan daun sup yang mana tergolong dalam keluarga seleri juga. Garam seleri tahan lama, dan jika kena cara boleh memberikan rasa yang sama dengan daun sup segar. Walaubagaimanapun daun sup dalam garam seleri adalah kering, jadi ianya tidak sesuai untuk tujuan hiasan. Namun kadangkala penulis taburkan juga di atas nasi goreng untuk menambah rasa.  Cara membuat garam seleri adalah mudah. Ini adalah cara versi penulis.  Mula-mula, rendamkan daun sup atau seleri dengan ai...

Cara-cara Menyimpan Daun Sup Supaya Tahan Lama

Imej
Kadangkala penulis beli daun sup. Penulis suka masukkan daun sup dalam pelbagai masakan seperti bubur, nasi goreng, megi dan sebagainya. Dan jus daun sup juga bagus untuk kesihatan.  Masalah penulis ialah, di pasaraya daun sup sudah pun sedia diikan dalam jumlah yang banyak. Penulis juga malas hendak pergi membeli daun sup setiap sehari atau dua hari. Dan membeli daun sup secara banyak adalah lebih menjimatkan.  Jadi penulis buat beberapa cara supaya daun sup penulis tahan lebih lama. Berikut adalah cara penulis menyimpan daun sup.  🌿 Menyimpan sebahagian daun sup yang paling segar di dalam bekas yang berlapis tisu dapur di dalam peti sejuk. Ini untuk sebahagian daun sup yang paling segar. Jangka hayat pendek dan perlu diguna cepat. Boleh di buat jus dan di tambah sebagai penyeri masakan seperti mi goreng dan sup.  🌿 Menyimpan dalam minyak. Daun sup yang telah dikeringkan dari sebarang air di campur dalam minyak sehingga tenggelam dan simpan dalam peti beku. Tahan ...