Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2025

Roti Canai Telur Tampal

Roti canai memang sarapan yang terkenal di Malaysia. Ada juga yang makan roti canai pada waktu tengahari dan malam. Roti canai memang salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.  Namun penulis selalu tak berapa gemar dengan setengah roti canai yang sejuk. Ia menjadi lebih liat dan tawar pula. Penulis kurang gemar dengan roti kosong yang sejuk dan kurang rasa. Biasanya roti canai bungkus makan di rumahlah yang jadi macam tu.  Jadi untuk mengatasi masalah ini penulis tambahkan telur. Bila ada roti canai di rumah, yang sejuk dan liat, penulis ambil sekeping. Pecahkan sebiji telur. Dan hiris sedikit bawang besar. Boleh juga masukkan sayur lain jika mahu. Kacau rata.  Setelah itu, masukkan sedikit minyak dalam kuali. Apabila panas, masukkan campuran telur tadi. Ratakan.  Semasa telur masih basah, masukkan roti canai atas telur tadi. Biar seketika sampai telur masak.  Balikkan roti ke permukaan sebelah lagi. Masak sekejap sampai garing sedikit.  Setelah siap, a...

Ikan Sweet Sour Basic

Penulis dapati banyak resepi ikan sweet sour yang ada dalam internet. Pelbagai cara dan bahan. Tapi biasanya, bila penulis nak masak apa2 masakan, bahan  di dapur biasanya tak cukup. Biasanya ada beberapa bahan yang tak ada di dapur. Dan penulis pun tak berapa nak keluar beli bahan. Tambah lagi, kadang2 rasa nak lebih berjimat.  Jadi penulis teringat satu masakan sweet sour yang amat mudah dan guna sikit bahan yang penulis jumpa dalam internet. Penulis olah sedikit dengan selera penulis. Dan hasilnya, sebuah resepi sweet sour yang mudah. Tiada gambar penulis sertakan sebab penulis terlupa untuk ambil gambar.  Resepi ni bolehlah dalam 4 orang makan.  🌸🌸🌸 Bahan-bahan, Seekor ikan saiz besar  3 ulas bawang putih ( untuk perap ikan) 3/4 inci halia (untuk perap ikan)  Tepung gandum ( untuk dilumur pada ikan) 3 ulas bawang merah dicincang 3 ulas bawang putih dicincang 2 batang serai hiris nipis  5 ke 7 tangkai cili kering ( dikisar) 1 biji cili besar ( di...