Cara-cara Menyimpan Daun Sup Supaya Tahan Lama
Kadangkala penulis beli daun sup. Penulis suka masukkan daun sup dalam pelbagai masakan seperti bubur, nasi goreng, megi dan sebagainya. Dan jus daun sup juga bagus untuk kesihatan.
Masalah penulis ialah, di pasaraya daun sup sudah pun sedia diikan dalam jumlah yang banyak. Penulis juga malas hendak pergi membeli daun sup setiap sehari atau dua hari. Dan membeli daun sup secara banyak adalah lebih menjimatkan.
Jadi penulis buat beberapa cara supaya daun sup penulis tahan lebih lama. Berikut adalah cara penulis menyimpan daun sup.
🌿 Menyimpan sebahagian daun sup yang paling segar di dalam bekas yang berlapis tisu dapur di dalam peti sejuk. Ini untuk sebahagian daun sup yang paling segar. Jangka hayat pendek dan perlu diguna cepat. Boleh di buat jus dan di tambah sebagai penyeri masakan seperti mi goreng dan sup.
🌿 Menyimpan dalam minyak. Daun sup yang telah dikeringkan dari sebarang air di campur dalam minyak sehingga tenggelam dan simpan dalam peti beku. Tahan Lama tetapi tak boleh digunakan untuk hiasan atas makanan. Boleh ditambah dalam masakan seperti sup dan bubur.
🌿 Menyimpan dalam air batu. Daun sup segar dipotong dan dicampur hingga tenggelam dalam air. Kemudian disimpan dalam peti beku. Cara ini perlu digunakan dalam 2 minggu. Boleh di buat jus, rebus atau di campur dalam masakan seperti sup dan bubur.
🌿 Dibuat garam seleri. Penulis buat garam seleri versi sendiri. Daun sup dibersihkan dan dikeringkan dari air basuhan. Kemudian daun di hiris kecil. Setelah itu daun sup dicampurkan dengan garam sampai meliputi daun dan berlebihan sedikit dari daun. Kemudian daun dibiar mengering dalam beberapa hari. Kemudian garam seleri disimpan dalam bekas. Boleh digunakan untuk memasak sup, bubur dan nasi goreng. Garam masih masin, penulis hanya guna garam seleri tanpa menambah garam biasa. Boleh juga dikisar halus untuk Dibuat tepung salutan seperti tepung ayam goreng.
🌿 Dikeringkan. Daun sup dibersihkan dan di keringkan dari air. Kemudian di potong kecil dan disebarkan dalam dulang. Kemudian dijemur sehingga kering.

Ulasan
Catat Ulasan