Kobis Goreng Kunyit

 


Selalu penulis makan nasi, ada lauk tapi tak ada sayur. Tapi kebelakangan ni penulis nak amalkan cara hidup yang lebih sihat, jadi penulis selalu tambahkan masakan sayur dalam menu penulis. 

Biasanya penulis akan masak apa saja sayur yang ada di dapur. Kebetulan minggu ni ada kobis yang menarik perhatian penulis. Penulis pun masakla kobis untuk tambah sayur dalam menu harian penulis. 

Macam-macam masakan kita boleh buat dengan kobis. Tapi kali ni penulis masak kobis goreng kunyit. Tak tahu kenapa asyik nak makan sayur ini sahaja. Penulis makan dengan kari ikan, dan dengan masak kicap. 

Berikut adalah resepi kobis goreng kunyit versi penulis. 


Bahan-bahan,

☘️Kobis dalam setengah mangkuk sedang. Di Potong ikut saiz yang diingini. 

☘️Bawang merah 2 ulas. Hiris nipis.

☘️Bawang putih seulas. Hiris nipis. 

☘️Cili besar sebiji. Atau cili kering. Atau tak nak letak pun tak apa. Hiris nipis.

☘️1/5 hingga 1/4 sudu teh serbuk kunyit. 

☘️Sedikit ikan bilis atau pati ikan bilis atau perencah sup sayur. 

☘️Garam secukup rasa. 

☘️Sedikit biji sawi. 

☘️Sedikit minyak untuk menggoreng. 


Cara memasaknya,

☘️Panaskan minyak dalam kuali. 

☘️Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. 

☘️Masukkan ikan bilis jika guna ikan bilis. Masukkan juga cili. 

☘️Setelah ikan bilis sedikit garing, masukkan kobis dan kacau rata. Masukkan biji sawi. 

☘️Masukkan perencah sup sayur atau pati ikan bilis jika tak guna ikan bilis. 

☘️Masukkan serbuk kunyit dan garam. 

☘️Kacau rata, tambah sedikit air jika sayur kering. Masak sehingga kobis sedikit lembut. Tambah sedikit lagi air jika perlu sampai kobis agak lembut. 

☘️Setelah kobis agak lembut dan masakan serata, serta air yang ditambah telah kering, tutupkan api. 

☘️Sedia untuk dihidangkan. 


Sekian, terima kasih. Penulis harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh