Roti Canai Telur Tampal
Roti canai memang sarapan yang terkenal di Malaysia. Ada juga yang makan roti canai pada waktu tengahari dan malam. Roti canai memang salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Namun penulis selalu tak berapa gemar dengan setengah roti canai yang sejuk. Ia menjadi lebih liat dan tawar pula. Penulis kurang gemar dengan roti kosong yang sejuk dan kurang rasa. Biasanya roti canai bungkus makan di rumahlah yang jadi macam tu.
Jadi untuk mengatasi masalah ini penulis tambahkan telur. Bila ada roti canai di rumah, yang sejuk dan liat, penulis ambil sekeping. Pecahkan sebiji telur. Dan hiris sedikit bawang besar. Boleh juga masukkan sayur lain jika mahu. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan sedikit minyak dalam kuali. Apabila panas, masukkan campuran telur tadi. Ratakan.
Semasa telur masih basah, masukkan roti canai atas telur tadi. Biar seketika sampai telur masak.
Balikkan roti ke permukaan sebelah lagi. Masak sekejap sampai garing sedikit.
Setelah siap, angkat. Dan nikmati bersama kuah. Ianya lebih menyelerakan.
Ulasan
Catat Ulasan