Ikan Sweet Sour Basic
Penulis dapati banyak resepi ikan sweet sour yang ada dalam internet. Pelbagai cara dan bahan. Tapi biasanya, bila penulis nak masak apa2 masakan, bahan di dapur biasanya tak cukup. Biasanya ada beberapa bahan yang tak ada di dapur. Dan penulis pun tak berapa nak keluar beli bahan. Tambah lagi, kadang2 rasa nak lebih berjimat.
Jadi penulis teringat satu masakan sweet sour yang amat mudah dan guna sikit bahan yang penulis jumpa dalam internet. Penulis olah sedikit dengan selera penulis. Dan hasilnya, sebuah resepi sweet sour yang mudah. Tiada gambar penulis sertakan sebab penulis terlupa untuk ambil gambar.
Resepi ni bolehlah dalam 4 orang makan.
🌸🌸🌸
Bahan-bahan,
Seekor ikan saiz besar
3 ulas bawang putih ( untuk perap ikan)
3/4 inci halia (untuk perap ikan)
Tepung gandum ( untuk dilumur pada ikan)
3 ulas bawang merah dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
2 batang serai hiris nipis
5 ke 7 tangkai cili kering ( dikisar)
1 biji cili besar ( dikisar)
Sos cili
Sos tomato (jika ada), atau tomato didadu.
1 sudu besar asam jawa ( dilarut dalam air)
Cuka secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Sebiji bawang besar didadu.
Nenas didadu ( jika ada)
Air
Minyak masak
Cara membuatnya,
Kelar ikan mengikut citarasa. Tumbuk bawang putih dan halia untuk perap ikan.
Lumurkan pes bawang putih dan halia serta sedikit garam ke ikan yang telah dikelar. Perap selama 30 minit.
Sementara itu, sediakan bahan-bahan untuk kuah.
Setelah 30 minit diperap, panaskan minyak untuk menggoreng ikan dalam kuali.
Lumurkan ikan dengan tepung secara nipis tetapi menyeluruh.
Goreng ikan dengan api sederhana. Goreng sampai permukaan ikan nampak garing. Tetapi isi ikan masih lembut.
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak bekas goreng ikan sehingga sesuai untuk memasak kuah.
Apabila minyak panas, goreng bawang besar dadu dan nenas sebentar. Sebelum layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Kacau dan tumis sehingga sedikit keemasan. Jika minyak tidak cukup bolehlah ditambah.
Masukkan serai. Kacau sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, dan tomato dadu jika ada. Masak sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan sos cili, sos tomato jika ada, gula dan garam secukup rasa. Oleh kerana masakan ini adalah sweet sour, jadi biarkan rasa manis dalam kuah agak nyata.
Setelah menggelegak, masukkan cuka secukup rasa.
Jika ingin kuah pekat, boleh tambahkan sedikit air tepung jagung.
Matikan api.
Ambil ikan. Taburkan nenas dan bawang besar di atas dan sekeliling ikan. Sendukkan kuah ke atas ikan. Siap untuk dihidang.
🌸🌸🌸
Resepi penulis ini bukanlah resepi yang paling sedap, tetapi resepi yang boleh penulis guna untuk masakan harian dan apabila penulis kurang bahan untuk memasak. Penulis harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Terima kasih kerana sudi singgah.
Ulasan
Catat Ulasan