Laksa Goreng

Semalam, penulis ada rebus laksa untuk buat laksa lemak. Penulis dah agak lama tak merebus laksa. Akibatnya, penulis terlebih merebus laksa, lebih banyak laksa dari kuahnya. 

Jadi, dengan kelebihan laksa tu, penulis terpaksa fikir nak buat apa dengan laksa tu. Akhirnya harini penulis ambil keputusan untuk buat laksa goreng. Menu yang agak sukar bagi penulis sebab laksa, ia besar juga berbanding bihun, dan tawar sahaja. Jadi penulis takut laksa goreng penulis tak cukup rasa. Atau rasanya hambar sahaja. 

Penulis pun cuba cari resepi laksa goreng dalam internet. Ada banyak juga tapi penulis tak tengok semua, hanya satu dua resepi sahaja yang penulis tengok. Dah dapat idea kasar dari resepi tersebut, penulis pun mula sediakan bahan-bahan, dan olah resepi menjadi lebih simple dan dengan menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. 

Hasilnya tak mengecewakan. Walaupun penulis rasa jika guna lebih banyak bahan terutama lauk, atau fish cake lagi sedap. Penulis agak berpuas hati dengan resepi ini. 

Jom kita tengok resepinya. 


Bahan-bahannya 

Laksa, dalam tiga mangkuk makan. 

3 ulas bawang merah saiz sedang 

3 ulas bawang putih 

Serbuk cili dalam sesudu besar 

Belacan dalam seinci 

Sebiji telur 

Sayur pilihan, penulis guna kubis dan lobak merah. Potong mengikut citarasa. 

Sos cili 

Sos tiram 

Kicap manis 

Garam secukup rasa 

Gula dalam sesudu besar 

Minyak masak


Cara membuatnya

Kisar bawang putih dan bawang merah. Ketepikan. 

Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dalam sepertiga cawan. 

Setelah minyak panas, masukkan belacan. Masak sehingga naik bau. Hancurkan. 

Masukkan bawang yang dikisar. Masak sehingga hampir garing. Jika minyak tidak cukup, tambahkan lagi. 

Masukkan serbuk cili. Kacau rata dan pantas. 

Masukkan garam dan gula. Kacau rata. 

Masukkan sayur. Kacau rata.

Kosongkan tengah kuali. Tambah minyak jika perlu. Masukkan telur dan kacau sehingga masak hancur. 

Masukkan laksa. Kacau rata semua bahan. 

Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata. Sehingga laksa goreng nampak masak dan naik bau. 

Setelah itu matikan api. Dan laksa goreng sedia untuk dihidangkan. 


Selamat Mencuba. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengat Pisang

Nasi Goreng Ikan

Kobis Goreng Kunyit