Daging Goreng Kicap

Haritu, dah lama juga, mungkin dalam sebulan lepas atau lebih. Penulis masak daging goreng kicap ni. Lama dah penulis tak makan daging masak macam ni. Seingat penulis, masa sekolah dulu mak penulis selalu buat. Tapi sekarang dah lama mak penulis tak buat. 

Jadi haritu penulis lepas sarapan yang lewat, makcik penulis minta gorengkan daging. Makcik penulis nak makan daging goreng yang tebal dan empat segi. 

Daging goreng kicap ni amat simple. Tidak lah special pun. Senang sangat nak buat. Tapi penulis coretkan juga di sini. Kadang-kadang, kita nak makan masakan simple ja. Ada hari-hari yang macam tu kan. 

Okay, ni resepinya. Penulis tiada gambar sebab lupa nak ambil gambarnya. 


Bahan-bahannya

Dalam anggaran 400 gram daging. Di potong mengiku citarasa masing-masing. 

3 ulas bawang putih. Diketuk. 

Sebiji bawang besar, di potong memgikut citarasa. Penulis potong serong-serong. 

Dua hingga tiga tangkai cili kering berkedut, saiz sedang. Potong seinci seinci. 

Kicap manis. 

Kicap masin. 

Sos cili, setengah sudu besar. 

Garam secukup rasa. 

Gula. 

Air. 

Minyak masak.


Cara membuatnya

Rebus daging dalam air setakat seinci dari  daging. Tambahkan sesudu besar gula putih ke dalam air untuk melembutkan daging. 

Setelah air hampir kering, tapi masih ada sedikit,dan daging telah lembut dan empuk, masukkan cili kering. Kacau rata. 

Setelah air hampir kering benar, masukkan minyak masak. Kacau rata. Masukkan juga bawang putih. Penulis guna api sedang. 

Setelah minyak panas dan bunyi berdesir, kacau rata dan masukkan kicap. Penulis masukkan kicap manis sahaja. Tapi untuk rasa lebih seimbang, boleh masukkan sedikit kicap masin. Penulis masukkan kicap ni sampai daging jadi agak hitam akibat kicap. 

Kacau rata sampai kicap dan minyak mula tidak bercampur, dan masukkan sos cili. Jika suka rasa lebih masin, boleh masukkan garam secukup rasa. Penulis masukkan dalam setengah sudu teh. 

Masukkan pula bawang besar. Kacau rata, bila bawang masak tapi tak layu dan semuanya sebati, matikan api. Dan sedia untuk dihidangkan. 

Goreng daging dalam masa yang sekejap dan pantas. Jika masak terlalu lama, daging mungkin menjadi keras atau liat. 


Resepi ni mudah saja, tapi penulis suka sebab ianya adalah daging goreng yang penulis selalu makan sejak kecil. Memori masa kecil. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengat Pisang

Nasi Goreng Ikan

Kobis Goreng Kunyit