Terung Air Asam.

Penulis masak terung lagi harini. Kelmarin dah masak terung juga. Family penulis suka sayur terung ni, dia sedap kerana lembut dan manis. 

Masakan terung harini adalah untuk menambah menu kerana sayur kailan yang penulis nak masak tu separuhnya dah rosak. Jadi penulis terpaksa tambah menu. Jadi masak kailan dan terunglah harini. 

Sebelum masak ni, penulis search juga resepi di internet. Kemudian penulis pun ubah sedikit mengikut citarasa dan bahan yang ada di dapur. 

Okay jom tengok resepinya. 


Bahan-bahan;

Tiga biji terung saiz sederhana. Di belah dan dipotong mengikut citarasa. 

Setengah biji bawang besar. 

3 ulas bawang merah. 

Seulas bawang putih. 

Setengah biji tomato. 

4 ke 5 tangkai cili tomyam. 

Sedikit belacan. 

1 sudu besar pes asam jawa ( berbiji ). 

Garam. 

Gula. 

Sebiji limau nipis. 


Cara membuatnya;

Ambil seulas bawang merah, seulas bawang putih dan bakar. Setelah agak lembut dan masak buang kulit yang kehitaman. 

Bakar belacan. Dalam 1/3 hingga 1/2 sudu besar. Ketepikan. 

Ambil asam jawa dan campurkan dengan setengah cawan air panas. Larutkan asam jawa, kacau sehingga jadi air asam jawa dan buangkan bijinya. 

Ambil bawang merah dan putih yang dibakar, belaan bakar dan 1/5 biji tomato. Blender dengan sedikit air, atau gunakan air asam jawa,sehingga halus. Ketepikan. 

Potong dadu lebihan tomato, bawang besar, bawang merah dan cili. Masukkan dalam mangkuk. 

Masukkan air asam jawa dan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi bahan yang dipotong. Jika air kurang, masukkan sedikit lagi air panas. 

Kacau rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Perahkan air limau nipis ke dalam campuran bahan tadi. 

Kacau rata dan rasa. Tambahkan bahan perasa jika perlu. 

Biarkan campuran air asam sebati dalam satu atau dua jam. 

Sementara itu, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Bakar terung di dalam kuali sehingga keemasan dan lembut. Setelah itu, ketepikan. 

Setelah air asam sebati, tuangkan air asam ke atas terung tadi. Biar seketika dan siap untuk dihidangkan. 


Air asam


Terung yang siap dimasak. Penulis potong pendek-pendek. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengat Pisang

Nasi Goreng Ikan

Kobis Goreng Kunyit