Kailan Goreng Berkuah
Harini penulis masak simple saja. Masak sayur kailan, ikan rebus goreng, ikan kering gelama goreng, terung air asam. Sebab kailan dalam peti dah pun menguning. Hampir separuh tak boleh ambil dah. Jadi penulis pun tambah menu dengan masak terung air asam. Biar masak sekali, makan saja sampai ke malam.
Oleh kerana harini masakan tak berkuah sangat, penulis kenalah buat kuah lebih untuk sayur kailan. So sebab tu lah resepi harini penulis buat kailan goreng berkuah.
Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan nya;
5 pohon kailan,di potong mengikut citarasa.
2 ulas bawang merah, dimayang.
3 ulas bawang putih, diketuk hancur.
Sesudu besar ikan bilis, dipotong 2. Di belah, buang perut juga.
Sos tiram.
Garam.
Gula.
Cuka.
Air.
Minyak masak.
Cara membuatnya;
Panaskan minyak dalam kuali, cukup untuk tumis ikan bilis dan bawang.
Setelah minyak panas,masukkan ikan bilis dan goreng sehingga keemasan. Ketepikan dalam kuali, masukkan bawang putih.
Tumis bawang putih sampai beraroma Dan keemasan, tolak ke tepi dalam kuali, masukkan bawang merah.
Tumiskan bawang merah sampai beraroma dan sedikit nak garing di tepi. Kemudian campur semua sekali bahan tadi dan kacau rata.
Masukkan sayur kailan dan kacau rata.
Masukkan sos tiram secukup rasa. Penulis masukkan dalam setengah sudu besar.
Kacau rata. Masukkan garam dan sedikit gula.
Kacau rata dan masukkan air sampai setakat tenggelam sayur. Masak sehingga sayur kailan masak. Api sederhana.
Setelah masak rasa kuah dan tambah perasa jika perlu.
Akhir sekali titikkan beberapa titik cuka dan kacau rata.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Demikian sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Ulasan
Catat Ulasan