Cerita Sirap Bandung Terpaling Mudah
Sirap Bandung adalah antara minuman kegemaran rakyat Malaysia. Di mana-mana restoran saja biasanya ada sirap bandung. Rasa yang lemak manis memang digemari ramai.
Di rumah juga kita mungkin selalu buat sirap bandung ni. Kanak-kanak pun biasanya suka. Ada orang suka sirap bandung merah terang. Ada orang suka sirap bandung merah jambu cair. Lebih susu.
Penulis pasti ramai yang punya pelbagai resepi sirap bandung. Yang memang sedap-sedap.
Penulis cuma nak cerita sirap bandung resepi penulis yang simple. Sejak kecil penulis dah buat air sirap bandung ni.
Mula-mula belajar dulu, penulis guna resepi ni. Sirap ros, susu cair, susu pekat dan air. Lama penulis buat macam ni. Rasa dia ialah sirap bandung yang lemak susu.
Lepas tu kadang-kadang, penulis disuruh tambah ais krim soda dalam botol tu. Biasanya masa bulan puasa. Rasanya berlemak susu dan bersoda.
Tapi bila dah dewasa amat dewasa ni, ada datang anak-anak saudara penulis, minta buatkan air sirap bandung ni. Tapi kat rumah tak ada susu cair.
Jadi penulis pun buatkan sirap bandung dengan campuran susu pekat manis dan sirap ros sahaja. Dan tambah air.
Dan penulis rasa penulis lagi suka resepi ni. Ianya lebih seimbang rasa lemak, manis dan sirap ros. Penulis sekarang guna resepi ni sahaja.
Mungkin ia lebih enak juga jika kita masuk sedikit perisa pandan? Mungkin.
Mungkin juga lebih enak kalau tambah ais krim macam perisa vanila ke dalamnya. Mungkin.
Selain tu penulis selalu buat sirap bandung cincau sahaja. Sirap bandung laici pun belum try lagi.
Ada satu lagi kombinasi untuk buat sirap bandung iaitu sirap ros, susu cair dan gula. Penulis tak buat yang ni. Adik penulis saja pernah buat. Ok juga. Tapi penulis lebih suka resepi sirap ros, susu pekat manis dan air sahaja.
Itu sahaja perkongsian penulis kali ni Berkenaan air sirap bandung. Harap ia bermanfaat juga. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Ulasan
Catat Ulasan