Sup Cendawan Tiram
Cendawan adalah sejenis sayur yang mempunyai rasa yang tersendiri. Ia selalu dibuat goreng tumis, sup cendawan, di goreng celup tepung, di tambah dalam tom yam dan macam-macam lagi. Ianya enak dan mempunyai rasa 'umami'.
Penulis memang suka makan cendawan. Kadangkala makan nasi dan cendawan saja pun dah cukup. Sesetengah jenis cendawan atau kulat rasanya macam daging. Memang enak.
Harini penulis nak kongsi resepi penulis iaitu sup cendawan tiram. Penulis campur juga sayur lain macam pak choy ke dalamnya. Hidangan ni boleh makan dalam 3 ke 4 orang. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya,
🍄 7 ulas bawang putih diketuk kemudian dicincang.
🍄 3 ulas bawang merah dihiris nipis.
🍄 3 tangkai cili tomyam diketuk.
🍄 1 fish cake dihiris nipis
🍄 1 1/2 cawan air
🍄 1 atau 1/2 kiub pati ikan bilis
🍄 1 sudu besar sos tiram
🍄 Stok sayuran atau perasa cendawan jika ada
🍄 Sepohon pak choy dipotong
🍄 Sepohon kucai dipotong seinci-seinci
🍄 3 cawan cendawan tiram di siat mengikut saiz yang dikehendaki
🍄 Minyak untuk menumis
Cara membuatnya,
🍄 Panaskan minyak dalam kuali
🍄 Masukkan fish cake dan masak sehingga hampir kekuningan.
🍄 Masukkan bawang putih dan cili. Tumis sampai naik bau.
🍄 Masukkan bawang merah. Kacau sehingga naik bau dan sedikit keemasan.
🍄 Masukkan kiub ikan bilis. Kacau dan hancurkan.
🍄 Masukkan air. Kacau dan masukkan sos tiram dan stok sayuran jika ada.
🍄 Bila kuah mendidih, masukkan kucai.
🍄 Masukkan juga pak choy.
🍄 Rasa kuah. Tambahan garam jika perlu.
🍄 Akhir sekali masukkan cendawan tiram.
🍄 Biarkan selama 2 minit. Padamkan api.
🍄 Biarkan selama 5 ke 10 minit sebelum dihidangkan.
Demikianlah resepi sup cendawan penulis. Diharapkan semoga resepi ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana sudi singgah.
Ulasan
Catat Ulasan