Pengat Pisang

 


Pengat adalah makanan tradisi masyarakat Melayu. Pengat adalah makanan pencuci mulut yang terkenal dengan rasanya yang manis dan lemak. Pelbagai buah di gunakan untuk membuat pengat, seperti ubi, pisang, keladi, jagung, durian dan lain-lain. Rasa pengat akan dipengaruhi oleh buah yang di gunakan didalamnya. 

Namun pengat kini semakin kurang diminati oleh golongan muda. Kanak-kanak hari ini belum tentu mengenali pengat ini. Pengat kalau dibuat dengan baik memang amat enak sebenarnya. 

Harini penulis nak kongsi resepi pengat pisang sahaja. Resepi ni mak penulis yang punya, mak selalu masak macam ni. Mungkin ada resepi versi lain, penulis tak search lagi. 

Resepi ni senang sahaja. Sekejap sahaja dah masak. Dan boleh makan. Tapi lebih sedap kalau letak dalam peti bagi sejuk dahulu. Ada juga yang tambah pulut ke dalam pengat. Atau makan pengat ini dengan pulut yang di tanak dengan santan. Rasanya memang enak, lemak. 


Bahan-bahannya,

Pisang masak, dalam 7 biji saiz sedang, dibelah dua. 

Santan sebiji kelapa, dibuat dalam 4 ke 5 cawan. 

Gula melaka, atau nissan Kelantan. Secukup rasa. Dihancurkan atau potong kecil-kecil. 

3 helai daun pandan. 

Secubit garam. 


Cara membuatnya,

Kalau pengat ubi, ubi direbus dulu. Kalau guna pisang, yang keras mungkin boleh rebus dulu, tapi yang lembut boleh campur terus dengan santan. Bagi penulis sedap guna pisang yang masak ranum. Sebab ia manis dan lembut. 

Masukkan santan, dan gula melaka yang dihancurkan dalam periuk, pasang api dan kacau rata. 

Masukkan pisang dan daun pandan. 

Setelah kuah bercampur serata, pisang lembut dan santan masak, masukkan secubit garam. 

Setelah itu kacau rata dan tutup api. Jangan biar santan pecah minyak. 

Setelah itu bolehlah dihidangkan atau disimpan dalam peti dahulu untuk makan sejuk. 


Diharap perkongsian ini bermanfaat. Jika suka kuah yang lebih lemak atau creamy, gunakan santan pekat dalam kuantiti yang mencukupi. Santan kotak yang pekat juga boleh diguna. Bagi penulis, lebih lemak lebih enak. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh