Nasi Goreng Kampung Yang Simple

Beberapa hari lepas penulis masak nasi goreng kampung. Hanya guna sedikit sahaja bahan yang ada di rumah. Entahla sejak akhir-akhirni penulis asyik masak nasi goreng je. Tambah lagi nasi goreng ikan. Pantang ada ikan. Dan nasi. 

Penulis buat nasi goreng kampung hari tu mudah je guna bahan pun sikit. Takde bubuh sos tiram dan sambal belacan. Tapi hasilnya penulis suka juga. Sebab ada rasa. 

Penulis buat sekali untuk abah penulis tapi penulis terlupa dan letak telur. Terus dia taknak makan sebab dia tak suka bau telur walau sikitpun. Untuk sesiapa yang tak suka letak telur tak perlu letak ya. 

Jom tengok resepinya. 


Bahan-bahannya,

Dua mangkuk sedang nasi putih.

3 ulas bawang merah.

2 ulas bawang putih.

3 tangkai cili akar. 

Ikan bilis. 

1/3 kiub pati ikan bilis.

Telur 1/2 biji di kacau rata. Boleh juga kalau nak masuk sebiji. 

Sayur kangkung dipotong.

Beberapa titik kicap. 

Garam secukup rasa. 

Sebelah bawang besar dihiris.

Minyak untuk menggoreng.


Cara membuatnya, 

Penulis tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili. Boleh juga menggunakan food processor. 

Panaskan minyak dalam kuali. 

Masukkan ikan bilis dan goreng sampai kerangupan yang dikehendaki. Angkat dan letak tepi. 

Masukkan bawang dan cili yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

Masukkan telur dan kacau rata sampai telur masak. 

Hancurkan kiub ikan bilis dan masukkan dalam kuali dan kacau rata dan sebati. 

Masukkan nasi dan sayur kangkung. Gaul sebati. 

Masukkan garam dan kacau sebati. 

Setelah hampir masak masukkan bawang besar potong dan beberapa titik kicap. Gaul sebati. 

Setelah masak, matikan api dan sedia untuk dihidangkan. 


Sekianlah resepi nasi goreng kampung simple penulis. Tapi penulis lupa nak snap gambar. Nanti bila penulis ada gambar penulis akan upload di sini. Semoga perkongsian ini bermanfaat! Terima kasih. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh

Resepi Masak Tumis Lala Berkuah

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah