Nasi Goreng Cina Perencah Segera


Harini penulis buat nasi goreng guna perencah segera aje. Sebabnya, tiada bahan perasa macam sos tiram dan lada sulah di dapur. Dan penulis sorang je nak makan sarapan. Jadi masak yang mudah sahaja. 

Memanglah penulis guna perencah nasi goreng segera, tapi kalau masuk yang tu je tak sedap juga. Kenala masukkan bahan-bahan lain juga sebagai sokongan penyedap rasa. 

Penulis buat nasi goreng cina pagini. Penulis masukkan daun sup juga, sebab penulis suka daun sup. Kalau tak nak masukkan pun tak apa. 

Penulis kongsikan jugala resepi ni walaupun guna perencah segera. 


Bahan-bahannya,

🧄 Nasi semangkuk kecil. 

🧄 Bawang merah 1 ulas saiz besar sikit, dicincang. 

🧄 Bawang putih 2 ulas, diketuk dan cincang.

🧄 Lada besar,separuh biji, di dadu kecil. 

🧄 Sedikit lobak merah, didadu kecil. 

🧄 Sedikit kobis bunga, di potong kecil-kecil. 

🧄 2 batang daun sup, dipotong halus. 

🧄 Sedikit pencah nasi goreng cina, penulis pakai adabi. 

🧄 Sebiji telur.

🧄 Sedikit isi ayam. Dipotong kecil-kecil. 

🧄 Sedikit kicap dan sos tiram ( penulis tak letak sebab takde stok).  

🧄 Minyak untuk menumis. 

🧄 Boleh masukkan juga kacang peas dan jagung, serta cendawan. 


Cara membuatnya,

🧄 Panaskan kuali. Masukkan minyak. 

🧄 Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. 

🧄 Kemudian masukkan bawang merah. Tumis sehingga naik bau dan sedikit keemasan. 

🧄 Masukkan ayam dan masak sebentar. 

🧄 Kemudian masukkan kobis bunga dan lobak merah. 

🧄 Masak sehingga sayur sedikit empuk. 

🧄 Masukkan telur dan kacau supaya hancur. 

🧄 Setelah telur masak masukkan cili, jagung, kacang peas dan cendawan. 

🧄 Masukkan nasi, perencah, garam secukup rasa, sos tiram jika ada. Garam perlu seimbang dengan perencah nasi goreng yang sedikit masin. 

🧄 Kacau rata. 

🧄 Masukkan kicap beberapa titik sahaja. Kacau rata. Masukkan daun sup.

🧄 Kacau rata sampai sebati dan masak. Kemudian, tutup api dan hidangkan. 


Resepi ni mudah saja semua orang mungkin dah tahukan tapi penulis kongsikan juga. Apa pun semoga ia bermanfaat. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh