Mi Goreng Basah Udang Simple
Petang tadi, penulis teringin nak makan megi. Penulis pun masuk dapur, amik megi, potong bawang, nak masak megi. Bila penulis pergi amik bawang putih, penulis nampak ada separuh peket mi kuning dekat situ. Penulis pun fikir, baik masak mi goreng, nanti takut mi ni rosak pula.
Penulis pun tukar plan, dari masak megi ke masak mi goreng. Mula-mula nampak ayam, ingat nak bubuh ayam. Tapi teringat pula dalam peti ada udang. Jadi penulis pun buat keputusan masak mi goreng udang.
Tapi penulis malas. Malas nak gunting cili, blender bawang. Di rumah memang tiada cili boh. Penulis pun buat secara malas je. Mi goreng basah secara malas.
Siap tu, penulis ajak abah makan. Okay lah, tiada komplen dan bertambah juga. Penulis pun penat dah sekarang, walau tak tahu kenapa penat, penulis pun tulis posting ni. Mi goreng udang basah-basah.
Bahan-bahannya,
2 ulas bawang merah saiz sedang di hiris nipis.
3 ulas bawang putih di ketuk dan di cincang.
Kicap masin secukup rasa.
Kicap manis secukup rasa.
Sos cili secukup rasa.
Sedikit sos tiram. ( Penulis tak letak pun).
3 ekor udang saiz besar. Cabut kepala dan kulit udang. Asingkan dari isi udang. Isi udang di potong kecil-kecil supaya ia tersebar ke seluruh mi.
Air rebusan udang. Kepala dan kulit udang direbus dengan secawan air, rebus sampai air tinggal setengah dan rasa manis kepala dan kulit udang turun ke dalam air rebusan.
Sedikit sayur kangkung dipotong-potong.
1/2 peket mi kuning. Di basuh bersih.
Bawang goreng.
Minyak untuk memasak.
Cara membuatnya,
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih sehingga sedikit kekuningan dan wangi.
Masukkan bawang merah dan tumis sehingga wangi.
Masukkan udang dan kacau sekejap dalam setengah minit.
Masukkan air rebusan udang.
Masukkan kicap masin beberapa titik, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
Biarkan menggelegak. Jika kering tambahkan air supaya tak hangit, nanti pahit.
Masukkan mi dan sayur. Kacau rata.
Jika tak cukup kicap atau sos, tambahkan. Mi akan nampak basah dalam kuali.
Setelah nampak sebati, tutupkan api.
Hidangkan bersama bawang goreng.
.........,,...........
Penulis tak bubuh telur, sebab family penulis tak suka bau telur. Jika anda nak tambah telur, silakan tapi tekstur dia mungkin berubah sikit.
Penulis tak snap gambar, terus makan je tadi. Mungkin penulis akan letak gambar ai dulu sebagai hiasan. Tapi rupa dia macam mi goreng basah biasa sahaja.
Penulis harap perkongsian ini yang simple sahaja ini bermanfaat. Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan