Jus Epal Asam Boi
Air ni dah lama di pasaran. Pernah diminati ramai. Tapi penulis tetap suka. Sebab penulis memang suka air yang masam manis begini. Ada banyak versi air buah campur asam boi. Contohnya ais limau asam boi, jus mangga asam boi, jus timun asam boi. Dan air yang fancy-fancy sekarang pun banyak yang campur dengan asam boi.
Tapi kan satu sahaja penulis hairan atau terfikir juga dengan asam boi. Sebab masa penulis kecil dulu asam boi rasanya lain sikit. Rasa lebih sedap dan masin. Sekarang pun masih ada yang rasa gitu, yang putih tu. Dulu asam boi yang warna merah tu lebih sedap dari sekarang, lebih masin. Sekarang rasanya masam manis saja yang jelas terasa. Ntahla mungkin hanya perasaan penulis sahaja, tapi penulis memang agak kecewa dengan hal ni. Akibatnya penulis pun makin jarang beli asam boi merah lagi. Sekarang pun dah lama tak nampak.
Berbalik kepada jus epal asam boi, air ni memanglah syok kalau minum masa hari panas. Ada ramai juga yang buat masa berbuka puasa. Memang menyegarkan juga.
Resepi ni resepi penulis saja. Versi penulis. Mungkin orang lain ada versi yang lain pula.
Resepi ni untuk segelas saja.
Bahan-bahannya,
🍏 1/2 biji epal hijau di potong-potong. Boleh buang kulitnya.
🍏 2 biji asam boi, penulis guna yang putih, masin tu.
🍏 Setengah gelas air.
🍏 Gula secukup rasa. Dalam 2 ke 3 sudu teh.
🍏 Ais batu.
Cara-caranya,
🍏 Campurkan air, gula dan epal. Kisar sampai halus.
🍏 Masukkan asam boi dalam gelas.
🍏 Tuang jus ke dalam gelas. Kacau dan biar seketika.
🍏 Masukkan ais batu.
Siap dihidangkan.
Ulasan
Catat Ulasan