Jem Strawberi Homemade

Penulis ialah sejenis yang tak berapa suka makan jem manis. Masa ada mood nak makan saja barulah penulis makan jem. Tu pun kalau ada jem di dapur. Tapi kalau dalam tart nenas tu penulis makanje sebab memang suka tart nenas. 

Cerita buat jem ini dah lama. Masa tu adik penulis belikan sekotak strawberi dari Cameron Highlands. Penulis memang suka juga buah strawberi walaupun ia selalunya masam. Tapi orang lain dalam rumah penulis tak suka sebab ia masam. Maka penulis pun makan sorang. 

Oleh kerana buah strawberi lambat habis sebab sayang nak makan, ia mulai jadi kurang elok, lebam2 dah. Penulis pun fikir-fikir macam mana nak buat dan timbullah idea nak buat jem. 

Jadi penulis pun buatlah jem versi penulis. Ianya tak likat atau macam jeli yang macam kita beli di kedai. Ia cair sikit. Tapi rasa strawberi nya kuatlah. Penulis tiada gambar sebab jem ni pun dah lama dibuat. 


Bahan-bahannya,

🍓 Satu mangkuk sedang buah strawberi 

🍓 Gula secukup rasa 

🍓 Secawan air 

🍓 Sedikit air tepung jagung/ubi 


Cara membuatnya,

🍓 Campurkan air dan strawberi dan kisar mengikut tekstur yang dikehendaki. 

🍓 Masukkan dalam kuali dan masak atas api sederhana perlahan. 

🍓 Apabila mendidih masukkan gula. Kacau rata. 

🍓 Masukkan 2 hingga 3 sudu air tepung untuk memekatkan. 

🍓 Masak sehingga mencapai kelikatan yang dikehendaki dan jem berbau manis. 


Demikianlah resepi jem strawberi penulis. Mudah sangat. Tapi memang tak likat sangat. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh