Ayam Goreng Kunyit
Kadang-kadang penulis rasa nak makan masakan simple-simple sahaja. Masa tu penulis akan terfikir macam-macam masakan yang simple. Mudah dibuat. Salah satunya ialah ayam goreng kunyit.
Ayam goreng kunyit ada banyak jenis. Ayam yang potong 12 tu diperap dengan kunyit dipanggil ayam goreng kunyit. Ayam potong kecil-kecil yang diperap kunyit Dan bahan lain serta sayur kacang panjang, cili dan kobis bunga yang banyak dijual di kedai tomyam pun dipanggil ayam goreng kunyit.
Harini penulis nak berkongsi resepi ayam goreng kunyit macam kedai tomyam yang kecil-kecil tu. Tapi penulis buat versi penulis. Ianya simple sahaja. Tapi memang sedap makan dengan nasi. Dan sambal goreng/ sambal kosong.
Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahannya,
Isi ayam, dipotong agak sedikit nipis dan kecil-kecil.
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Ajinamoto (optional)
Sedikit tepung gandum
Garam secukup rasa
Sedikit gula (optional)
Kacang panjang di potong 1 inci
Bawang besar dihiris serong atau dibelah 6 atau 8
Kobis bunga dihiris nipis
Cili besar dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya,
Perapkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit serbuk cili, garam secukupnya dan sedikit gula serta ajinamoto jika mahu. Perap selama 15 minit ke setengah jam.
Salutkan atau gaulkan sedikit tepung kepada isi ayam tadi.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Minyak mestilah mencukupi untuk goreng ayam dan sayur.
Apabila minyak telah panas, masukkan ayam dan goreng dengan api sederhana sehingga masak dan luar nampak garing. Jangan goreng lama kerana ayam akan jadi keras.
Boleh keluar kan ayam dari kuali dulu, atau terus masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika sampai sayur masak tapi tetap rangup. Jangan goreng lama.
Angkat dan hidangkan dalam pinggan. Sedia di makan dengan nasi panas, kicap dan sambal.
Sekianlah perkongsian kali ini dari penulis. Gambar belum ada, jika ada nanti penulis akan tambahkan. Diharapkan perkongsian kali ini bermanfaat! Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan