Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

Laksa Penang

Imej
Kuah agak pekat. Dan penulis hanya ada ulam bawang je masa ni.  Keluarga penulis asal pantai timur. Jadi biasanya kalau buat laksa, memang akan buat laksa lemak kuah putih pantai timur tu. Jarang yang amat buat laksa Penang atau Kedah. Apatah lagi laksa Johor atau Sarawak. Tapi penulis berazam untuk buat laksa-laksa lain tu satu hari nanti.  Beberapa hari lepas memang mak penulis masak laksa kuah putih lemak tu lah. Tetapi rupanya laksa berlebih, kuah dah habis. Kalau kuah ada laksa habis senang je boleh celur laksa. Tapi laksa lebih, nak buat macam mana.  Ada orang buat laksa goreng. Memang sedap. Tapi penulis tak confident nak masak tu. Takut tak sedap pula. Tak pandai lagi.  Jadi penulis pun buat keputusan masak kuah laksa Penang untuk makan dengan laksa lebih tu. Penulis pun keluar ke pasaraya di deretan kedai depan rumah untuk beli daun kesum dan ikan sardin. Ikan sardin segar tu bukan ikan sardin tin. Sebab, entahla, dan kalau guna sardin tin pun boleh.  S...

Nasi Goreng Kampung Yang Simple

Beberapa hari lepas penulis masak nasi goreng kampung. Hanya guna sedikit sahaja bahan yang ada di rumah. Entahla sejak akhir-akhirni penulis asyik masak nasi goreng je. Tambah lagi nasi goreng ikan. Pantang ada ikan. Dan nasi.  Penulis buat nasi goreng kampung hari tu mudah je guna bahan pun sikit. Takde bubuh sos tiram dan sambal belacan. Tapi hasilnya penulis suka juga. Sebab ada rasa.  Penulis buat sekali untuk abah penulis tapi penulis terlupa dan letak telur. Terus dia taknak makan sebab dia tak suka bau telur walau sikitpun. Untuk sesiapa yang tak suka letak telur tak perlu letak ya.  Jom tengok resepinya.  Bahan-bahannya, Dua mangkuk sedang nasi putih. 3 ulas bawang merah. 2 ulas bawang putih. 3 tangkai cili akar.  Ikan bilis.  1/3 kiub pati ikan bilis. Telur 1/2 biji di kacau rata. Boleh juga kalau nak masuk sebiji.  Sayur kangkung dipotong. Beberapa titik kicap.  Garam secukup rasa.  Sebelah bawang besar dihiris. Minyak untuk menggo...

Ayam Goreng Kunyit

Kadang-kadang penulis rasa nak makan masakan simple-simple sahaja. Masa tu penulis akan terfikir macam-macam masakan yang simple. Mudah dibuat. Salah satunya ialah ayam goreng kunyit.  Ayam goreng kunyit ada banyak jenis. Ayam yang potong 12 tu diperap dengan kunyit dipanggil ayam goreng kunyit. Ayam potong kecil-kecil yang diperap kunyit Dan bahan lain serta sayur kacang panjang, cili dan kobis bunga yang banyak dijual di kedai tomyam pun dipanggil ayam goreng kunyit. Harini penulis nak berkongsi resepi ayam goreng kunyit macam kedai tomyam yang kecil-kecil tu. Tapi penulis buat versi penulis. Ianya simple sahaja. Tapi memang sedap makan dengan nasi. Dan sambal goreng/ sambal kosong.  Jom kita tengok resepinya.  Bahan-bahannya, Isi ayam, dipotong agak sedikit nipis dan kecil-kecil.  Serbuk kunyit  Serbuk cili  Ajinamoto (optional)  Sedikit tepung gandum  Garam secukup rasa  Sedikit gula (optional)  Kacang panjang di potong 1 inci  ...

Mi Goreng Basah Udang Simple

Petang tadi, penulis teringin nak makan megi. Penulis pun masuk dapur, amik megi, potong bawang, nak masak megi. Bila penulis pergi amik bawang putih, penulis nampak ada separuh peket mi kuning dekat situ. Penulis pun fikir, baik masak mi goreng, nanti takut mi ni rosak pula.  Penulis pun tukar plan, dari masak megi ke masak mi goreng. Mula-mula nampak ayam, ingat nak bubuh ayam. Tapi teringat pula dalam peti ada udang. Jadi penulis pun buat keputusan masak mi goreng udang.  Tapi penulis malas. Malas nak gunting cili, blender bawang. Di rumah memang tiada cili boh. Penulis pun buat secara malas je. Mi goreng basah secara malas.  Siap tu, penulis ajak abah makan. Okay lah, tiada komplen dan bertambah juga. Penulis pun penat dah sekarang, walau tak tahu kenapa penat, penulis pun tulis posting ni. Mi goreng udang basah-basah.  Bahan-bahannya, 2 ulas bawang merah saiz sedang di hiris nipis.  3 ulas bawang putih di ketuk dan di cincang.  Kicap masin secukup rasa...

Pengat Pisang

Imej
  Pengat adalah makanan tradisi masyarakat Melayu. Pengat adalah makanan pencuci mulut yang terkenal dengan rasanya yang manis dan lemak. Pelbagai buah di gunakan untuk membuat pengat, seperti ubi, pisang, keladi, jagung, durian dan lain-lain. Rasa pengat akan dipengaruhi oleh buah yang di gunakan didalamnya.  Namun pengat kini semakin kurang diminati oleh golongan muda. Kanak-kanak hari ini belum tentu mengenali pengat ini. Pengat kalau dibuat dengan baik memang amat enak sebenarnya.  Harini penulis nak kongsi resepi pengat pisang sahaja. Resepi ni mak penulis yang punya, mak selalu masak macam ni. Mungkin ada resepi versi lain, penulis tak search lagi.  Resepi ni senang sahaja. Sekejap sahaja dah masak. Dan boleh makan. Tapi lebih sedap kalau letak dalam peti bagi sejuk dahulu. Ada juga yang tambah pulut ke dalam pengat. Atau makan pengat ini dengan pulut yang di tanak dengan santan. Rasanya memang enak, lemak.  Bahan-bahannya, Pisang masak, dalam 7 biji saiz ...

Nasi Goreng Cina Perencah Segera

Imej
Harini penulis buat nasi goreng guna perencah segera aje. Sebabnya, tiada bahan perasa macam sos tiram dan lada sulah di dapur. Dan penulis sorang je nak makan sarapan. Jadi masak yang mudah sahaja.  Memanglah penulis guna perencah nasi goreng segera, tapi kalau masuk yang tu je tak sedap juga. Kenala masukkan bahan-bahan lain juga sebagai sokongan penyedap rasa.  Penulis buat nasi goreng cina pagini. Penulis masukkan daun sup juga, sebab penulis suka daun sup. Kalau tak nak masukkan pun tak apa.  Penulis kongsikan jugala resepi ni walaupun guna perencah segera.  Bahan-bahannya, 🧄 Nasi semangkuk kecil.  🧄 Bawang merah 1 ulas saiz besar sikit, dicincang.  🧄 Bawang putih 2 ulas, diketuk dan cincang. 🧄 Lada besar,separuh biji, di dadu kecil.  🧄 Sedikit lobak merah, didadu kecil.  🧄 Sedikit kobis bunga, di potong kecil-kecil.  🧄 2 batang daun sup, dipotong halus.  🧄 Sedikit pencah nasi goreng cina, penulis pakai adabi.  🧄 Sebij...

Jus Epal Asam Boi

Air ni dah lama di pasaran. Pernah diminati ramai. Tapi penulis tetap suka. Sebab penulis memang suka air yang masam manis begini. Ada banyak versi air buah campur asam boi. Contohnya ais limau asam boi, jus mangga asam boi, jus timun asam boi. Dan air yang fancy-fancy sekarang pun banyak yang campur dengan asam boi.  Tapi kan satu sahaja penulis hairan atau terfikir juga dengan asam boi. Sebab masa penulis kecil dulu asam boi rasanya lain sikit. Rasa lebih sedap dan masin. Sekarang pun masih ada yang rasa gitu, yang putih tu. Dulu asam boi yang warna merah tu lebih sedap dari sekarang, lebih masin. Sekarang rasanya masam manis saja yang jelas terasa. Ntahla mungkin hanya perasaan penulis sahaja, tapi penulis memang agak kecewa dengan hal ni. Akibatnya penulis pun makin jarang beli asam boi merah lagi. Sekarang pun dah lama tak nampak.  Berbalik kepada jus epal asam boi, air ni memanglah syok kalau minum masa hari panas. Ada ramai juga yang buat masa berbuka puasa. Memang meny...

Jem Strawberi Homemade

Penulis ialah sejenis yang tak berapa suka makan jem manis. Masa ada mood nak makan saja barulah penulis makan jem. Tu pun kalau ada jem di dapur. Tapi kalau dalam tart nenas tu penulis makanje sebab memang suka tart nenas.  Cerita buat jem ini dah lama. Masa tu adik penulis belikan sekotak strawberi dari Cameron Highlands. Penulis memang suka juga buah strawberi walaupun ia selalunya masam. Tapi orang lain dalam rumah penulis tak suka sebab ia masam. Maka penulis pun makan sorang.  Oleh kerana buah strawberi lambat habis sebab sayang nak makan, ia mulai jadi kurang elok, lebam2 dah. Penulis pun fikir-fikir macam mana nak buat dan timbullah idea nak buat jem.  Jadi penulis pun buatlah jem versi penulis. Ianya tak likat atau macam jeli yang macam kita beli di kedai. Ia cair sikit. Tapi rasa strawberi nya kuatlah. Penulis tiada gambar sebab jem ni pun dah lama dibuat.  Bahan-bahannya, 🍓 Satu mangkuk sedang buah strawberi  🍓 Gula secukup rasa  🍓 Secawan air...

Sup Cendawan Tiram

Imej
  Cendawan adalah sejenis sayur yang mempunyai rasa yang tersendiri. Ia selalu dibuat goreng tumis, sup cendawan, di goreng celup tepung, di tambah dalam tom yam dan macam-macam lagi. Ianya enak dan mempunyai rasa 'umami'.  Penulis memang suka makan cendawan. Kadangkala makan nasi dan cendawan saja pun dah cukup. Sesetengah jenis cendawan atau kulat rasanya macam daging. Memang enak.  Harini penulis nak kongsi resepi penulis iaitu sup cendawan tiram. Penulis campur juga sayur lain macam pak choy ke dalamnya. Hidangan ni boleh makan dalam 3 ke 4 orang. Jom tengok resepinya.  Bahan-bahannya, 🍄 7 ulas bawang putih diketuk kemudian dicincang.  🍄 3 ulas bawang merah dihiris nipis. 🍄 3 tangkai cili tomyam diketuk.  🍄 1 fish cake dihiris nipis 🍄 1 1/2 cawan air 🍄 1 atau 1/2 kiub pati ikan bilis 🍄 1 sudu besar sos tiram 🍄 Stok sayuran atau perasa cendawan jika ada 🍄 Sepohon pak choy dipotong 🍄 Sepohon kucai dipotong seinci-seinci 🍄 3 cawan cendawan tiram...