Nasi Goreng Ikan


Selalu juga penulis berfikir-fikir nak masak apa untuk makan sarapan. Dan kini, fikir nak masak apa untuk makan sahur. Selalunya memang nak masak masakan yang mudah saja kan. Masakan yang cepat siap, dan menggunakan bahan yang dah sedia ada di dapur. 

Kebelakangan ni beberapa kali dah penulis masak nasi goreng ikan untuk sarapan dan sahur. Kenapa. Sebab ia mudah, dan bahan pun dah ada di dapur. Ikan lebihan semalam, sama ada ikan goreng atau ikan rebus, atau ikan gulai sekalipun penulis buat juga. Rasanya enak bagi penulis. Setahu penulis, nasi goreng ikan ini memang menu klasik tok nenek kita dulu. 

Penulis masak nasi goreng ikan ni secara asas saja, tak bubuh banyak perasa dan sayur. Tapi jika anda nak tambah perasa dan sayur seperti kangkung, mungkin ia lagi sedap. 

Resepi ini makan untuk seorang/sepinggan sahaja. 


Bahan- bahan : 

Seekor ikan saiz kecil seperti pelaling. 

Dua ulas bawang merah.

1 ulas bawang putih.

1 hingga 2 biji cili padi/tomyam. 

Semangkuk sedang nasi.

Garam secukup rasa. 

Minyak untuk menggoreng.


Cara memasaknya : 

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan ikan sampai lumat. 

Panaskan minyak dalam kuali. 

Tumiskan bahan tumbuk sampai sedikit garing. 

Masukkan nasi dan kacau rata. 

Taburkan garam secukup rasa. 

Gaul rata, setelah nasi goreng serata dan masak, tutupkan api. 

Sedia untuk dihidangkan. 


Diharapkan perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh