Lempeng Sayur Yang Mudah



Lempeng sayur ditabur serunding daging di atasnya.

Lempeng sayur penulis.

Sayur sememangnya adalah makanan yang bagus untuk kita. Ianya diketahui mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Tapi, sesetengah daripada kita selalu kurang suka makan sayur. Kalau makanan berlemak pula memanglah ramai antara kita suka walaupun ia tidak bagus untuk kita. 

Malangnya sekarang ni macam-macam penyakit wujud. Penyakit kritikal seperti tiga serangkai, kanser dan buah pinggang semakin lama semakin awal menyerang rakyat Malaysia. Dulu, kebanyakan orang yang berusia sahaja yang kena, namun sekarang ni, ramai orang muda pun kena penyakit. Kita boleh dengar cerita oh arwah muda lagi, dah meninggal kerana penyakit seperti kanser. 

Oleh itu penulis pun berusaha tambahkan makanan sihat dalam menu harian. Salah satunya ialah lempeng sayur. Walaupun tak 100% sihat namun ia ada juga masukkan makanan seperti sayuran di dalamnya. 

Bagi penulis memang sedap lempeng sayur ni sebab ianya mempunyai pelbagai tekstur didalamnya. Sayur yang rangup bagai dibaluti tepung yang lembut dengan permukaan sedikit garing. Makan dengan mayonis atau cheese topping atau sos je  sedap. Boleh buat untuk makan pagi, makan petang atau makan malam. 


Bahan

☘️ Sayur seperti lobak merah, kobis, kentang, cili hijau besar, lada benggala, bawang besar dan lain-lain yang dirasakan sesuai. 

☘️ Sebiji telur

☘️ 2 hingga 3 sudu besar tepung gandum

☘️ Sedikit serbuk kari atau serbuk lada hitam sebagai perasa

☘️ Garam secukup rasa

☘️ Sedikit minyak untuk menggoreng.

☘️ Air secukupnya.


Cara membuatnya

☘️ Potong atau hiris memanjang sayur-sayuran yang digunakan. Anggaran satu mangkuk kecil semuanya. 

☘️ Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan. 

☘️ Masukkan tepung, garam dan serbuk kari atau lada hitam.

☘️ Kacau rata. Kepekatannya adalah seperti adunan lempeng. 

☘️ Jika sudah cukup cair tak perlu masukkan air. Jika pekat masukkan sedikit air. 

☘️ Masukkan sayur sayuran dan kacau sebati. 

☘️ Panaskan minyak dalam kuali. Minyak dalam 2 hingga 3 sudu besar. Nak kurangkan sedikit minyak pun boleh. Atau masak saja atas non stick pan. Minyak memberi kesan rangup di permukaan. 

☘️ Apabila minyak sudah panas, masukkan adunan lempeng sayur. Ratakan mengikut kenipisan yang dikehendaki. Biasanya dalam setengah inci tebal, atau lebih sedikit. 

☘️ Masak dengan api sederhana perlahan. Masak sehingga agak keemasan. 

☘️ Balikkan lempeng dan masak bahagian satu lagi sampai keemasan. 

☘️ Setelah itu ia siap di hidangkan. Tutup api dapur. 

Makan lempeng sayur ini begitu sahaja adalah lebih baik. Namun boleh juga letak sos di atasnya, atau mayonis atau keju. Jika nak keju cair, boleh bakar sebentar dalam oven. 

Sekian, terima kasih dan semoga bermanfaat untuk anda. 


Lempeng sayur yang di makan bersama sos tomato. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh