Resepi Sardin Berkuah
Sardin dalam tin ialah satu makanan yang enak, ringkas dan versatil. Yalah, sardin boleh dibuat masak kicap, sambal, kari, tumis, laksa, karipap, pizza, sandwich dan macam macam best lagi. Tanpa sardin sebulan dua hidup kita rasa kurang best..
Hidup penulislah.
Tahun lepas kita dikejutkan tentang kewujudan cacings dalam sardin yang buatkan ramai yang berhenti makan sardin termasuk penulis. Tapi setelah itu penulis jumpa brand sardin yang lain yang diyakini penulis jadi penulis pun sambung makan sardin lagi. Sempena pkp haritu banyaklah sardin dalam tin di rumah penulis ni. Tak silap harini penulis masak tin yang ke sebelas. Ada satu tin lagi yang tinggal.
Jadinya harini penulis masak sardin untuk tengah hari. Ni resepi ayah penulis satu ketika dulu. Masak yang ni sebab satu family suka. Kalau suka boleh juga tambah daun limau dan cili padi banyak banyak ke dalam tu. Bagi yang suka pedaslah.
Resepi ni penulis rekod sebab takut terlupa dan, adinda kata sedap. Jadi len kali nak buat boleh rujuk disini. Simpan disini dulu resepi ni. 😊
Bahan
- 1 tin besar sardin
- 7 ke 9 ulas bawang putih
- 3 hingga 7 cili kering
- 1 bawang besar merah
- 1 sudu besar lada hitam tumbuk
- 1 cawan air asam jawa dari 1 1/2 sudu besar asam jawa
- 2 cawan air
- 1/2 sudu teh sos ikan atau sos bilis
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 Sudu teh kicap manis
- 1/2 inci x 1/2 inci gula melaka
- 1/4 cawan minyak masak
Cara
- Ketuk bawang putih dan tumbuk kasar lada hitam.
- Potong cili kering 1 inci panjang dan rendam dalam air panas seketika.
- Hiris bawang besar.
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih dan cili kering yang ditoskan.
- Bila naik bau dan sedikit garing masukkan air asam jawa dan lada hitam.
- Biar seketika sampai mendidih dan masukkan air.
- Masukkan sos ikan, kicap dan sos tomato.
- Masukkan ikan sardin. Penulis buang separuh kuahnya.
- Masukkan gula melaka.
- Masukkan garam secukup rasa. 2 sudu teh penulis guna.
- Masak sampai mendidih dan ikan lembut sikit.
- Masukkan hirisan bawang besar.
- Siap.
Ulasan
Catat Ulasan