Resepi Simple Sambal Pauh
Sambal Pauh adalah satu makanan klasik yang admin suka. Admin (=min) suka rasanya yang masam pedas manis gitu. Bila makan dengan nasi putih saja pun memang sedap. Apatah lagi kalau dengan kuah kari ikan dan gulai ikan.
Tapi rumah min takde pokok pauh ringan (mangga kecil) tu yang senang amik nak buat sambal ni. Rumah min ada pokok pauh bermusim pauh besar tu aje. Isinya manis betul bila masak.
Jadi bila tiba musim pauh tu emak min pun amiklah sebiji dua yang hampir masak buat sambal pauh ni. Emak min pun suka sambal ni. Jadi lalu nak makan nasi katanya.
Emak min pun buatlah sambal pauh seperti dalam gambar tu. Buat yang belum pernah cuba jom try sambal pauh ni.
Bahan
- 1 biji mangga besar hampir masak
- 1 ekor ikan bakar ambil isi sahaja
- 3 biji lada kering direndam air panas dan buang biji
- 3 ulas bawang merah di bakar
- Garam dan gula
Caranya
- Cincang panjang panjang buah pauh
- Tumbuk Lada kering sampai halus, kemudian masukkan bawang, isi ikan, garam dan gula.
- Gaulkan dengan isi pauh tadi
- Siap.
Ulasan
Catat Ulasan