Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah
Harini penulis masak sardin berkuah. Rasanya masam, masin dan pedas. Penulis rasa kalau ditambah bendi goreng mungkin sedap. Dan adalah sedikit bendi dalam peti. Sardin kalau dimakan kena dengan sayur yang sesuai memang sedap.
Simple je resepi ni semua orang mungkin dah tau tapi penulis nak juga upload disini. Simpan disini dulu hehe.
So inilah partner sardin berkuah penulis harini iaitu bendi goreng.
Bahan
- 6 ke 7 bendi saiz sedang
- 2 ulas bawang merah
- Sedikit udang kering, penulis guna sedikit belacan sebab tiada udang kering dirumah.
- 1 biji cili tomyam
Caranya
- Tumbuk semua bahan kecuali bendi.
- Hiris semua bendi.
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
- Masukkan bendi, garam dan secubit gula.
- Siap untuk dimakan bersama nasi.
Ulasan
Catat Ulasan