Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Resepi Masak Tumis Lala Berkuah

Imej
Kadangkala min masak lala. Biasanya lala yang masih bergerak gerak tu min masak terus supaya rasanya segar dan enak. Family min suka lala masak macam ni. Lala tumis berkuah. Kalau cukup rasa seleralah juga makan nasi walaupun dengan lauk ni dan ikan masin goreng sahaja. Bahan 500 gram lala 1 biji bawang besar 3 hingga 7 tangkai cili kering 7 ulas bawang putih 1 sudu besar sos tiram 1 sudu teh sos ikan 5 batang serai diketuk Air 5 sudu besar minyak masak Caranya Belah 6 bawang besar. Ketuk bawang putih dan potong cili kering 1 inci panjang. Ketuk serai. Panaskan minyak dalam kuali besar dan tumis bawang putih dan cili kering. Setelah bawang putih bertukar keemasan masukkan bawang besar dan serai. Kacau sebentar dalam 1 minit. Masukkan lala. Masukkan air sampai lala tenggelam, air satu inci tinggi dari lala. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap. 

Resepi Bihun/Mihun Goreng Bodoh

Imej
Bihun goreng makan dengan keropok ikan. Pagi ni cuaca sangat sejuk. Malam tadi hujan, kelmarin pun hujan juga. Jadinya kita nak mandi pun rasa liat sebab sejuk. Sementara tu perut pun rasa lapar sudah. Penulis pergi tengok kat dapur apa yang ada. Tak banyak bahan yang ada sebab esok baru pasar malam. Jadi harini memang banyak barang dah habis. Penulis pun terfikir, kalau masak, mungkin rasa sejuk tu berkurang sebab duduk masak dekat api. Dan penulis nampak ada separuh bungkus bihun dalam almari tadi jadi penulis pun buat keputusan nak goreng mihun. Biasalah bila cuaca sejuk dan bahan tiada kita rasa nak masak yang mudah aje. Penulis pun cari perencah segera bihun goreng Adabi tapi rupanya dah habis juga.  Jadi penulis pun kenalah buat perencah sendiri. Nak goreng bihun goreng bodoh aje. Bihun goreng penulis ni rasanya biasa aje, cuma untuk sesiapa yang nak cepat atau kehabisan bahan macam penulis bolehlah cuba. Boleh tambah taugeh dan tauhu ke dalamnya. Bahan 1/2 peket bihun 9 ulas...

Resepi Simple Sambal Pauh

Imej
Sambal Pauh adalah satu makanan klasik yang admin suka. Admin (=min) suka rasanya yang masam pedas manis gitu. Bila makan dengan nasi putih saja pun memang sedap. Apatah lagi kalau dengan kuah kari ikan dan gulai ikan.  Tapi rumah min takde pokok pauh ringan (mangga kecil) tu yang senang amik nak buat sambal ni. Rumah min ada pokok pauh bermusim pauh besar tu aje. Isinya manis betul bila masak.  Jadi bila tiba musim pauh tu emak min pun amiklah sebiji dua yang hampir masak buat sambal pauh ni. Emak min pun suka sambal ni. Jadi lalu nak makan nasi katanya. Emak min pun buatlah sambal pauh seperti dalam gambar tu. Buat yang belum pernah cuba jom try sambal pauh ni.  Bahan 1 biji mangga besar hampir masak 1 ekor ikan bakar ambil isi sahaja 3 biji lada kering direndam air panas dan buang biji 3 ulas bawang merah di bakar Garam dan gula Caranya Cincang panjang panjang buah pauh Tumbuk Lada kering sampai halus, kemudian masukkan bawang, isi ikan, garam dan gula. Gaulkan dengan ...

Resepi Daging Goreng Kunyit

Imej
Harini penulis nak cerita pasal daging goreng. Daging goreng memang kegemaran penulis. Nampak aje daging goreng atau masak kicap daging mulalah penulis rasa lapar nasi hehe.  Ada banyak jenis daging goreng. Ada daging goreng kunyit, kicap, pedas, black pepper dan sebagainya. Kalau dagingnya lembut, rasanya cukup apa-apa jenis daging goreng pun sedap. Dalam entri kali ni penulis nak cerita resepi daging goreng kunyit. Daging goreng kunyit ni selalu dimasak oleh saudara-mara penulis bila balik kampung masa penulis kecik-kecik dulu. Best baunya, harum gitu. Nak nak kalau guna bahan segar semua. Kalau masak daging goreng kunyit ni, penulis suka tambah cili ke dalamnya. Lada solok atau lada besar hijau memang enak jika ditambah ke dalam daging goreng kunyit. Ramai je pandai masak daging goreng ni, ini resepi versi penulis. Jom. Bahan 250 ke 300 gram daging dihiris nipis. 3 biji bawang putih diketuk (untuk tumis) 3 biji bawang putih 1 inci kunyit hidup / 1 sudu teh kunyit serbuk 1 inci h...

Cekodok Kuah Dhal

Imej
Kuah dhal memang sinonim dengan roti canai. Bila kita beli roti canai dan bungkus bawa balik, biasanya penjual akan beri kual dhal yang banyak, mungkin untuk kita makan roti canai banjir di rumah. Tapi bukan semua ahli keluarga kita akan makan roti banjir. Jadi berlakulah lebihan kuah dhal. Apa yang selalu kita buat dengan kuah yang lebih ini? Biasanya mak penulis akan buang saja.  Tapi penulis selalu rasa sayang nak buang kuah dhal ni. Sebab banyak dan rasa membazir (walaupun penulis makan roti banjir kat rumah). Jadi timbul satu idea untuk reka masakan baru dari kuah dhal tu.  Penulis fikir ini boleh buat makanan petang. Jadi penulis cuba buat cekodok kuah dhal. Masa tu penulis ada memasak sup ekor untuk makan tengahari, jadi penulis campur sedikit kuah sup ke dalam kuah dhal dan tambah tepung. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Jika tak ada kuah sup pun tak mengapa. Tambah saja air. Dan untuk lebih rasa boleh tambah pati ikan bilis atau ayam, atau ikan bilis. Udang kering ki...

Resepi Ikan Singgang Putih Kelantan

Imej
Ikan Singgang adalah makanan dari Pantai Timur yang nampak sangat humble nya. Ada ikan, dan kuahnya jernih pula. Nampak macam xsedapkan. Kuahnya macam air saja. Tapi dalam kuah jernih tu ada pelbagai rasa yang boleh membuatkan kita menambah nasi berpinggan pinggan. Inilah yang terjadi kepada anak saudara penulis yang bertambah sampai 4 pinggan. Umurnya 7 tahun. Kalau masak sup ikan (panggilan dia pada ikan singgang) selalunya dia happy, dan bertambah nasi.  Ikan Singgang ni ada banyak versi. Ada yang ada bawang merah dalamnya ada yang warna kuning. Yang kuning tu sedap juga dan lagi banyak bahannya. Tapi yang penulis nak cerita kali ni ialah ikan singgang putih.  Ikan Singgang ni bahannya tak banyak, masaknya pun tak susah, campak dan reneh saja, tapi kalau tak kena caranya tak menjadi tau. Kalau jadi hanyir tu amatlaah ditakuti oleh penulis. Kesimpulannya bahan kena cukup. Api kena sesuai baru jadi kaw. Timing kena betul juga, masak awal-awal supaya rasanya sebati bila nak ma...

Resepi Bendi Goreng Yang Simple Dan Mudah

Imej
Harini penulis masak sardin berkuah. Rasanya masam, masin dan pedas. Penulis rasa kalau ditambah bendi goreng mungkin sedap. Dan adalah sedikit bendi dalam peti. Sardin kalau dimakan kena dengan sayur yang sesuai memang sedap.  Simple je resepi ni semua orang mungkin dah tau tapi penulis nak juga upload disini. Simpan disini dulu hehe.  So inilah partner sardin berkuah penulis harini iaitu bendi goreng.  Bahan 6 ke 7 bendi saiz sedang 2 ulas bawang merah Sedikit udang kering, penulis guna sedikit belacan sebab tiada udang kering dirumah. 1 biji cili tomyam Caranya Tumbuk semua bahan kecuali bendi. Hiris semua bendi. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau. Masukkan bendi, garam dan secubit gula. Siap untuk dimakan bersama nasi. 

Resepi Sardin Berkuah

Imej
Sardin dalam tin ialah satu makanan yang enak, ringkas dan versatil. Yalah, sardin boleh dibuat masak kicap, sambal, kari, tumis, laksa, karipap, pizza, sandwich dan macam macam best lagi. Tanpa sardin sebulan dua hidup kita rasa kurang best.. Hidup penulislah.  Tahun lepas kita dikejutkan tentang kewujudan cacings dalam sardin yang buatkan ramai yang berhenti makan sardin termasuk penulis. Tapi setelah itu penulis jumpa brand sardin yang lain yang diyakini penulis jadi penulis pun sambung makan sardin lagi. Sempena pkp haritu banyaklah sardin dalam tin di rumah penulis ni. Tak silap harini penulis masak tin yang ke sebelas. Ada satu tin lagi yang tinggal. Jadinya harini penulis masak sardin untuk tengah hari. Ni resepi ayah penulis satu ketika dulu. Masak yang ni sebab satu family suka. Kalau suka boleh juga tambah daun limau dan cili padi banyak banyak ke dalam tu. Bagi yang suka pedaslah.  Resepi ni penulis rekod sebab takut terlupa dan, adinda kata sedap. Jadi len kali nak...