Catatan

Kari Ikan

Penulis selalu suka juga makan kari. Kadangkala kita akan terasa nak makan kari juga. Rasa kari yang cukup rasa rempah dan masam, masin dan sedikit berlemak memang enak. Dimakan pula dengan nasi atau roti. Kadangkala bau kari melekat dijari.  Sejak kecil penulis makan kari mak penulis. Kari mak penulis ialah sederhana pekat, rasa kari dan santan. Mak penulis bubuh santan yang agak banyak. Penulis mula belajar masak kari daripada mak penulis.  Semakin penulis dewasa penulis mula suka juga masakan kari macam mamak. Rasa kari yang kuat dan melekat pada jari. Penulis suka rasanya yang tak lemak sangat tapi cukup rasa. Tapi penulis tak juga lupakan kari mak penulis.  Penulis pun belajar dan cuba macam-macam resepi kari ikan. Sebab disamping kari ikan mak penulis, penulis nak belajar masak kari ikan yang penulis suka. Akhirnya sekarang penulis dapat satu resepi kari yang penulis bolehlah puas hati. Tapi penulis akan terus belajar lagi supaya ia lebih sedap. Penulis simpan di si...

Cerita Sirap Bandung Terpaling Mudah

Sirap Bandung adalah antara minuman kegemaran rakyat Malaysia. Di mana-mana restoran saja biasanya ada sirap bandung. Rasa yang lemak manis memang digemari ramai.  Di rumah juga kita mungkin selalu buat sirap bandung ni. Kanak-kanak pun biasanya suka. Ada orang suka sirap bandung merah terang. Ada orang suka sirap bandung merah jambu cair. Lebih susu.  Penulis pasti ramai yang punya pelbagai resepi sirap bandung. Yang memang sedap-sedap.  Penulis cuma nak cerita sirap bandung resepi penulis yang simple. Sejak kecil penulis dah buat air sirap bandung ni.  Mula-mula belajar dulu, penulis guna resepi ni. Sirap ros, susu cair, susu pekat dan air. Lama penulis buat macam ni. Rasa dia ialah sirap bandung yang lemak susu.  Lepas tu kadang-kadang, penulis disuruh tambah ais krim soda dalam botol tu. Biasanya masa bulan puasa. Rasanya berlemak susu dan bersoda.  Tapi bila dah dewasa amat dewasa ni, ada datang anak-anak saudara penulis, minta buatkan air sirap bandun...

Laksa Penang

Imej
Kuah agak pekat. Dan penulis hanya ada ulam bawang je masa ni.  Keluarga penulis asal pantai timur. Jadi biasanya kalau buat laksa, memang akan buat laksa lemak kuah putih pantai timur tu. Jarang yang amat buat laksa Penang atau Kedah. Apatah lagi laksa Johor atau Sarawak. Tapi penulis berazam untuk buat laksa-laksa lain tu satu hari nanti.  Beberapa hari lepas memang mak penulis masak laksa kuah putih lemak tu lah. Tetapi rupanya laksa berlebih, kuah dah habis. Kalau kuah ada laksa habis senang je boleh celur laksa. Tapi laksa lebih, nak buat macam mana.  Ada orang buat laksa goreng. Memang sedap. Tapi penulis tak confident nak masak tu. Takut tak sedap pula. Tak pandai lagi.  Jadi penulis pun buat keputusan masak kuah laksa Penang untuk makan dengan laksa lebih tu. Penulis pun keluar ke pasaraya di deretan kedai depan rumah untuk beli daun kesum dan ikan sardin. Ikan sardin segar tu bukan ikan sardin tin. Sebab, entahla, dan kalau guna sardin tin pun boleh.  S...

Nasi Goreng Kampung Yang Simple

Beberapa hari lepas penulis masak nasi goreng kampung. Hanya guna sedikit sahaja bahan yang ada di rumah. Entahla sejak akhir-akhirni penulis asyik masak nasi goreng je. Tambah lagi nasi goreng ikan. Pantang ada ikan. Dan nasi.  Penulis buat nasi goreng kampung hari tu mudah je guna bahan pun sikit. Takde bubuh sos tiram dan sambal belacan. Tapi hasilnya penulis suka juga. Sebab ada rasa.  Penulis buat sekali untuk abah penulis tapi penulis terlupa dan letak telur. Terus dia taknak makan sebab dia tak suka bau telur walau sikitpun. Untuk sesiapa yang tak suka letak telur tak perlu letak ya.  Jom tengok resepinya.  Bahan-bahannya, Dua mangkuk sedang nasi putih. 3 ulas bawang merah. 2 ulas bawang putih. 3 tangkai cili akar.  Ikan bilis.  1/3 kiub pati ikan bilis. Telur 1/2 biji di kacau rata. Boleh juga kalau nak masuk sebiji.  Sayur kangkung dipotong. Beberapa titik kicap.  Garam secukup rasa.  Sebelah bawang besar dihiris. Minyak untuk menggo...

Ayam Goreng Kunyit

Kadang-kadang penulis rasa nak makan masakan simple-simple sahaja. Masa tu penulis akan terfikir macam-macam masakan yang simple. Mudah dibuat. Salah satunya ialah ayam goreng kunyit.  Ayam goreng kunyit ada banyak jenis. Ayam yang potong 12 tu diperap dengan kunyit dipanggil ayam goreng kunyit. Ayam potong kecil-kecil yang diperap kunyit Dan bahan lain serta sayur kacang panjang, cili dan kobis bunga yang banyak dijual di kedai tomyam pun dipanggil ayam goreng kunyit. Harini penulis nak berkongsi resepi ayam goreng kunyit macam kedai tomyam yang kecil-kecil tu. Tapi penulis buat versi penulis. Ianya simple sahaja. Tapi memang sedap makan dengan nasi. Dan sambal goreng/ sambal kosong.  Jom kita tengok resepinya.  Bahan-bahannya, Isi ayam, dipotong agak sedikit nipis dan kecil-kecil.  Serbuk kunyit  Serbuk cili  Ajinamoto (optional)  Sedikit tepung gandum  Garam secukup rasa  Sedikit gula (optional)  Kacang panjang di potong 1 inci  ...

Mi Goreng Basah Udang Simple

Petang tadi, penulis teringin nak makan megi. Penulis pun masuk dapur, amik megi, potong bawang, nak masak megi. Bila penulis pergi amik bawang putih, penulis nampak ada separuh peket mi kuning dekat situ. Penulis pun fikir, baik masak mi goreng, nanti takut mi ni rosak pula.  Penulis pun tukar plan, dari masak megi ke masak mi goreng. Mula-mula nampak ayam, ingat nak bubuh ayam. Tapi teringat pula dalam peti ada udang. Jadi penulis pun buat keputusan masak mi goreng udang.  Tapi penulis malas. Malas nak gunting cili, blender bawang. Di rumah memang tiada cili boh. Penulis pun buat secara malas je. Mi goreng basah secara malas.  Siap tu, penulis ajak abah makan. Okay lah, tiada komplen dan bertambah juga. Penulis pun penat dah sekarang, walau tak tahu kenapa penat, penulis pun tulis posting ni. Mi goreng udang basah-basah.  Bahan-bahannya, 2 ulas bawang merah saiz sedang di hiris nipis.  3 ulas bawang putih di ketuk dan di cincang.  Kicap masin secukup rasa...

Pengat Pisang

Imej
  Pengat adalah makanan tradisi masyarakat Melayu. Pengat adalah makanan pencuci mulut yang terkenal dengan rasanya yang manis dan lemak. Pelbagai buah di gunakan untuk membuat pengat, seperti ubi, pisang, keladi, jagung, durian dan lain-lain. Rasa pengat akan dipengaruhi oleh buah yang di gunakan didalamnya.  Namun pengat kini semakin kurang diminati oleh golongan muda. Kanak-kanak hari ini belum tentu mengenali pengat ini. Pengat kalau dibuat dengan baik memang amat enak sebenarnya.  Harini penulis nak kongsi resepi pengat pisang sahaja. Resepi ni mak penulis yang punya, mak selalu masak macam ni. Mungkin ada resepi versi lain, penulis tak search lagi.  Resepi ni senang sahaja. Sekejap sahaja dah masak. Dan boleh makan. Tapi lebih sedap kalau letak dalam peti bagi sejuk dahulu. Ada juga yang tambah pulut ke dalam pengat. Atau makan pengat ini dengan pulut yang di tanak dengan santan. Rasanya memang enak, lemak.  Bahan-bahannya, Pisang masak, dalam 7 biji saiz ...