Kobis Goreng Kunyit

Selalu penulis makan nasi, ada lauk tapi tak ada sayur. Tapi kebelakangan ni penulis nak amalkan cara hidup yang lebih sihat, jadi penulis selalu tambahkan masakan sayur dalam menu penulis. Biasanya penulis akan masak apa saja sayur yang ada di dapur. Kebetulan minggu ni ada kobis yang menarik perhatian penulis. Penulis pun masakla kobis untuk tambah sayur dalam menu harian penulis. Macam-macam masakan kita boleh buat dengan kobis. Tapi kali ni penulis masak kobis goreng kunyit. Tak tahu kenapa asyik nak makan sayur ini sahaja. Penulis makan dengan kari ikan, dan dengan masak kicap. Berikut adalah resepi kobis goreng kunyit versi penulis. Bahan-bahan, ☘️Kobis dalam setengah mangkuk sedang. Di Potong ikut saiz yang diingini. ☘️Bawang merah 2 ulas. Hiris nipis. ☘️Bawang putih seulas. Hiris nipis. ☘️Cili besar sebiji. Atau cili kering. Atau tak nak letak pun tak apa. Hiris nipis. ☘️1/5 hingga 1/4 sudu teh serbuk kunyit. ☘️Sedikit ikan bilis ...