Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2025

Kari Ikan

Penulis selalu suka juga makan kari. Kadangkala kita akan terasa nak makan kari juga. Rasa kari yang cukup rasa rempah dan masam, masin dan sedikit berlemak memang enak. Dimakan pula dengan nasi atau roti. Kadangkala bau kari melekat dijari.  Sejak kecil penulis makan kari mak penulis. Kari mak penulis ialah sederhana pekat, rasa kari dan santan. Mak penulis bubuh santan yang agak banyak. Penulis mula belajar masak kari daripada mak penulis.  Semakin penulis dewasa penulis mula suka juga masakan kari macam mamak. Rasa kari yang kuat dan melekat pada jari. Penulis suka rasanya yang tak lemak sangat tapi cukup rasa. Tapi penulis tak juga lupakan kari mak penulis.  Penulis pun belajar dan cuba macam-macam resepi kari ikan. Sebab disamping kari ikan mak penulis, penulis nak belajar masak kari ikan yang penulis suka. Akhirnya sekarang penulis dapat satu resepi kari yang penulis bolehlah puas hati. Tapi penulis akan terus belajar lagi supaya ia lebih sedap. Penulis simpan di si...

Cerita Sirap Bandung Terpaling Mudah

Sirap Bandung adalah antara minuman kegemaran rakyat Malaysia. Di mana-mana restoran saja biasanya ada sirap bandung. Rasa yang lemak manis memang digemari ramai.  Di rumah juga kita mungkin selalu buat sirap bandung ni. Kanak-kanak pun biasanya suka. Ada orang suka sirap bandung merah terang. Ada orang suka sirap bandung merah jambu cair. Lebih susu.  Penulis pasti ramai yang punya pelbagai resepi sirap bandung. Yang memang sedap-sedap.  Penulis cuma nak cerita sirap bandung resepi penulis yang simple. Sejak kecil penulis dah buat air sirap bandung ni.  Mula-mula belajar dulu, penulis guna resepi ni. Sirap ros, susu cair, susu pekat dan air. Lama penulis buat macam ni. Rasa dia ialah sirap bandung yang lemak susu.  Lepas tu kadang-kadang, penulis disuruh tambah ais krim soda dalam botol tu. Biasanya masa bulan puasa. Rasanya berlemak susu dan bersoda.  Tapi bila dah dewasa amat dewasa ni, ada datang anak-anak saudara penulis, minta buatkan air sirap bandun...