Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

Lempeng Sayur Yang Mudah

Imej
Lempeng sayur ditabur serunding daging di atasnya. Lempeng sayur penulis. Sayur sememangnya adalah makanan yang bagus untuk kita. Ianya diketahui mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Tapi, sesetengah daripada kita selalu kurang suka makan sayur. Kalau makanan berlemak pula memanglah ramai antara kita suka walaupun ia tidak bagus untuk kita.  Malangnya sekarang ni macam-macam penyakit wujud. Penyakit kritikal seperti tiga serangkai, kanser dan buah pinggang semakin lama semakin awal menyerang rakyat Malaysia. Dulu, kebanyakan orang yang berusia sahaja yang kena, namun sekarang ni, ramai orang muda pun kena penyakit. Kita boleh dengar cerita oh arwah muda lagi, dah meninggal kerana penyakit seperti kanser.  Oleh itu penulis pun berusaha tambahkan makanan sihat dalam menu harian. Salah satunya ialah lempeng sayur. Walaupun tak 100% sihat namun ia ada juga masukkan makanan seperti sayuran di dalamnya.  Bagi penulis memang sedap lempeng sayur ni sebab iany...